Thursday, December 25, 2008

Pendaftaran Pelajar Baru

Tahniah kepada mereka yang berjaya terpilih untuk ke Sekolah Seni Johor Bahru. Keputusan pemilihan para pelajar ke sekolah ini adalah berdasarkan kepada ranking mereka dalam sesi uji bakat yang diadakan pada bulan Oktober lalu.

Selain itu mereka yang dirankingkan tersebut akan dilihat dari segi pencapaian UPSR mereka agar memenuhi syarat kelayakan ke sekolah ini iaitu sekurang-kurangnya 3B.

Sekiranya kedua-dua kriteria ini dipenuhi maka, pelajar tersebut akan disenarai pendekkan.

Bagi mereka yang mendapat keputusan 5A, pihak BSSK akan menghubungi penjaga bagi mendapatkan kepastian terlebih dahulu sama ada pelajar tersebut benar-benar ingin ke sekolah seni sebelum surat tawaran dihantar kepada mereka.

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 Januari 2009.

4 comments:

  1. Boleh tak pelajar Tingkatan 2 mohon masuk ke Sekolah Seni?

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab pengetua ssejb sudi terima saya belajar kat sekolah ni....

    ReplyDelete
  3. Jess jawapannya tentulah tak boleh sbb kemasukan hanya utk pelajar Tgktn 1 sahaja

    ReplyDelete
  4. Balqis tahniah sebab terpilih ke sekolah ni Dah dapat surat tawaran ke? Moga terus cemerlang dlm bidang kesenian nanti OK

    ReplyDelete