Thursday, October 30, 2008

Lawatan Timb Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Dalam kesibukan pelajar dan jurulatih untuk persiapan produksi Malam Gala Kesenian SSJB, kami telah menerima kunjungan Dato Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timb. KPPM.

Kunjungan beliau ke sekolah ini adalah untuk melihat sendiri perjalanan sekolah ini.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini adalah Pengarah BSSK,Pengarah JPN Johor, Ketua-ketua sektor, PPD , NYDP PIBG dan pegawai dari JPN dan BSSK.

Majlis dimulakan dengan sambutan di pintu masuk SSJB oleh pegawai, guru-guru dan pelajar dengan iringan kompang.

Satu sesi taklimat mengenai sekolah ini, telah dijalankan di Studio muzik dan pengetua telah mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah yang dalam keadaan menumpang ini.

Masalah mengenai bilik darjah yang tidak mencukupi, pengunaan dewan untuk perhimpunan dan latihan. Maklumlah sekolah ini seringkali mendapat lawatan dan juga penggunaan dewan adalah perlu untuk mengadakan perhimpunan dan latihan persembahan, dan yang paling penting adalah di manakah sebenarnya tapak sekolah seni johor bahru ini?

Yg Berbahagia Dato' telah memberikan ucapan tahniah kepada pelajar2 ssjb yg telah menunjukkan persembahan berkualiti pada setiap persembahan yg pernah beliau saksikan. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan tapi hasilnya tetap melebihi standard yg dikehendaki.

Beliau akan memberikan feedback daripada pengetua kepada KSU dan beliau sendiri berjanji untuk memperjuangkan hal ini kepada KSU nanti dan bukannya setakat mendengar sahaja keluhan anak buahnya. Beliau mengakui bahawa beliau adalah seorang pejuang (fighter). Banyak motivasi yang telah beliau berikan kepada kami.

Lokasi sekolah ini menurut beliau seperti yg diberitahu oleh Pengarah JPN adalah di Indahpura Kulai berkeluasan 30 ekar dan satu lagi beliau tak nyatakan kerana beliau seronok bercerita sehingga lupa nak bagitau maklumat mengenai tapak yang kedua tu.
Beliau juga menyatakan tak dapat hadir ke Malam Gala Kesenian pada hari ahad nanti kerana terpaksa berada di Sek Sukan Bukit Jalil.

Selepas itu beliau telah melawat kesemua studio seni dan menyaksikan pra-tonton
MGK oleh pelajar2.

Sebaik sahaja tamat preview itu beliau yang sangat kagum dan gembira meminta mikrofon daripada pengacara dan memberitahu yang beliau telah menghantar sms kepada Menteri Pelajaran sendiri bahawa Dato Hisham patut datang untuk menyaksikan show MGK nanti.You must see this show.

Beliau sendiri yang pada awalnya tak mahu pergi terus memberitahu kepada semua yang hadir bahawa beliau sendiri akan hadir pada malam ahad nanti sementara majlis Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya yg sepatutnya hadir pada keesokan harinya beliau akan cancel semata2 untuk menyaksikan show yang sungguh istimewa ini nanti.

Selepas itu majlis diakhiri dengan jamuan makan di Dewan makan.

Wednesday, October 29, 2008

Rehearsal Malam Gala Kesenian di RTM

Hari ini para semua pelajar ke auditorium RTM untuk menyertai raptai persembahan MGK.
Memandangkan auditorium RTM tersebut telah ditempah pada hari Sabtu dan cuma hari ini shaja yang free maka kami telah menjalankan raptai ini.

Tujuannya adalah untuk membuat penentuan kedudukan setiap acara persembahan, laluan pelajar semasa persembahan, sistem audio, lighting, pengacara, susunan props dan sebagainya.

Pn Siti Hajar turut membantu memberikan pandangannya terhadap persembahan pelajar SSJB.

Tuesday, October 28, 2008

Latihan MGK dan Tips oleh Dr Siti Hajar

Hari ini pelajar-pelajar meneruskan latihan persembahan untuk MGK.

Turut hadir dalam latihan ini adalah Dr Siti Hajar yang memberikan tips-tips yang sangat-sangat berguna kepada pelajar yang akan membuat persembahan nanti.

Di antara tips yang dikongsi oleh beliau adalah cara mengatasi perasaan gemuruh, bagaimana untuk mempbuat persembahan dengan konfiden, bagaimana untuk membuat lontaran suara, teknik vokal, teknik conducting , latihan koir dan showmanship.

Dr Siti Hajar ini adalah seorang pejuang seni yang sangat dikagumi dan berpengalaman luas dalam bidang muzik di negara kita dan beliau suka untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, beliau turut memberikan kata-kata nasihat, perangsang dan motivasi yang sangat berguna kepada semua pelajar.

Terima kasih dari kami khas buat Dr Siti Hajar.

Saturday, October 18, 2008

Persembahan Gamelan Sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor

Selesai sahaja Majlis Sambutan Hari Raya SSJB, Kumpulan Gamelan SSJB telah bersiap untuk membuat persembahan di Auditorium RTM, Johor Bahru bersempena dengan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor.

Di samping itu, 40 pelajar SSJB turut dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Itulah untungnya bila sekolah dekat dengan RTM. Senang nak pergi bila ada aktiviti kesenian dijalankan di sana.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Hari ini warga SSJB telah mengadakan satu majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh En. Jalaludin bin Othman (Timbalan Pengarah Dasar dan Pembangunan Sukan BSSK), En. Md Hasidin bin Zaini (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor, En Saliman Selamat (Wakil PPD JB), Pn Rawiyah Mustafa Kamal (Ketua Unit Seni BSSK), Cik Hajah Roahana Ismail (Pengetua SSJB) dan pengerusi PIBG.

Majlis ini dijalankan di Dewan makan Asrama, bermula dari jam 12.30 tengah hari. Apa yang menariknya, bagi ibu bapa pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya telah datang dengan menyewa bas atas usaha En Jazlan selaku NYDP PIBG.

Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik dan tarian di samping DJ corner yang dikendalikan oleh ayahnda Khairul Anuar.

Makanan yang disediakan secara buffet terdiri daripada pelbagai jenis menu seperti lontong, soto, sate, laksa johor dan nasi beriyani.



Selain itu, ibubapa tidak melepaskan peluang mereka untuk turut mengadakan pertemuan dengan guru-guru untuk berbincang dan mengetahui perkembangan anak-anak mereka yang berlajar di SSJB ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara karaoke oleh Pn Siti Hajar dan ibubapa, guru dan pelajar.

Tuesday, October 14, 2008

Rakaman Penggambaran oleh EduwebTV

Hari ini EduwebTV.com yang merupakan salah satu media untuk mempromosikan hal-hal berkaitan dengan KPM telah menjalankan penggambaran untuk rencana mengenai Sekolah Seni.

Penggambaran telah dilakukan sepanjang hari, di mana pemberitanya Cik Laili dan dibantu oleh seorang jurukamera telah membuat temuramah dengan pentadbir, jurulatih, dan pelajar.

Selain itu aktiviti-aktiviti harian turut dirakamkan di dalam kelas, studio dan persekitaran.

Menurut Cik Laili, dalam 3 minggu lagi kita semua boleh melihat program ini, di dalam ruangan Rencana EduwebTV. Sama-sama kita nantikan.

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KPM

Majlis telah bermula pada pukul 10.30 pagi yang dihadiri oleh semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia, turut sama dijemput adalah Menteri Pelajaran Singapura dengan rombongannya.

Persembahan pelajar SSJB telah menerima pujian dari para hadirin.

Apa yang membanggakan adalah, persembahan ini dijayakan oleh pelajar-pelajar yang berumur 13 dan 14 tahun sahaja tetapi hasilnya adalah satu persembahan bermutu.

Cuma aku tak puas hati tentang Audio Sistem yang dikendalikan ada mikrofon yang tak berbunyi, dan balancing antara mikrofon dan muzik. Aku rasa kerana juru audio berada ditepi bukan nya mengadap depan stage. Tapi kerana kekangan ruang la tak boleh ditempatkan di situ.

Mikrofon untuk penyanyi dry, tak ada reverb atau delay puncanya, juruaudio tak tau nak bagi effect tu. Harap akan diperbaiki lagi.

Tapi apa-apa pun Tahniah kepada semua yang menjayakan persembahan yang mantap ini, ramai yang nak.

Sila ke laman web ini.
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=21&idmod=41&vidgrp=1&vidid=4398&fileid=0#

Habis show kami pergi ke Alamanda, shopping....

Sampai sekolah pada pukul 10.00 malam

Sunday, October 12, 2008

Tragedi Oktober untuk Ayahanda Abdul Jabar

Hari ini adalah hari untuk kami ke Putrajaya untuk membuat persembahan Majlis Hari Raya KPM.

Seperti yang dirancangkan, kami akan bertolak pada hari ini jam 8.00 pagi.
Tetapi bila jam menunjukkan pukul 7.40 pagi, ayahanda Jabar, Jurulatih Tari dan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan program ini tak sampai-sampai, semua pelajar dah menunggu di dalam bas untuk bertolak.

Bila call ke handphonenya, Ayahnda Khairul kata cuma dapat satu ringin tone, lepas tu hp tu ditutup.

Aku pun rasa pelik, sebab Jabar ni, selalunya pukul 6.40 dah sampai sekolah dan jenis orang yang tepat pada masa.

Khairul call pengetua untuk memaklumkan ttg hal ini sebab dah rasa cuak. Aku pun terfikir tentu ada sesuatu yang berlaku pada Jabar.

Tiba-tiba aku ternampak Jabar naik kereta Proton Waja sampai, bila keluar aje aku tengok tangannya berdarah dan baju serta seluar ada titisan darahnya.

Jabar bagitahu yang dia telah disamun, oleh 2 org berparang panjang ketika baru sahaja kunci gate rumahnya dan nak masuk ke kereta. Habis wallet, kad atm semua, kereta VIOS,kunci rumah, duit untuk sewa apartment pelajar di putrajaya, dan duit makan disamun oleh penyamun itu.

Apabila Hjh Rohana sampai sekolah bersama dengan Cik Hjh Norziah setelah diberitahu berita ini, beliau kata pada Jabar "Awak hidup ni pun saya bersyukur sangat, duit dengan kereta tu boleh cari, tapi nyawa.... "

Nasib baiklah ...

Atas keprihatinan terhadap apa yang berlaku terhadap anak buahnya, duit perbelanjaan ke putrajaya telah dikeluarkan oleh Hjh Rohana dari ATM untuk menggantikan wang yang telah disamun tersebut dan beliau meminta kami semua bertolak ke Putrajaya kerana dah lewat dan Hjh Rohana dan Hjh Norziah akan menyelesaikan urusan selepas ini.

Hjh Rohana dan Hjh Norziah (PK Pentadbiran) selepas itu membawa Jabar ke Balai Polis Skudai untuk membuat report dan untuk ke klinik untuk membuat rawatan susulan.

Thursday, October 9, 2008

Lawatan Setiausaha Bahagian BKP KPM

Hari ini, En Mohd. Salehhuddin bin Hassan, SU Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan KPM telah membuat lawatan untuk melihat perkembangan latihan persembahan Majlis Hari Raya KPM yang dilakukan oleh pelajar SSJB.

Beliau sebelum ini adalah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan sekolah seni sebelum dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Bahagian.

Di samping itu, perbincangan untuk menyusun persembahan dan pengurusan juga dibuat. Beliau menyhatakan hasrat Menteri untuk memastikan persembahan yang bermutu mesti ditunjukkan kepada semua tetamu terutama Menteri Pelajaran Singapura yang turut dijemput pada majlis tersebut.

Beliau berpuas hati dengan persembahan yang akan ditunjukkan nanti. Selain itu beliau turut meminta 3 orang pelajar dari Seni Visual untuk membuat lakaran secara live potret Menteri Pelajaran Malaysia dan Singapura yang akan dihadiahkan kepada kedua-dua menteri tersebut.

Ingat tinggal 3 hari aje berlatih. itu pun bukan satu hari penuh berlatih, waktu petang aje. ok.

Monday, October 6, 2008

Arahan Persembahan Majlis Hari Raya KPM di Putrajaya

Naik aje daripada cuti Hari Raya Aidil Fitri, aku diberitahu bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan SSJB menyediakan persembahan untuk majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri KPM.

Kebetulan pada minggu naik sekolah adalah merupakan minggu untuk study kerana minggu depannya adalah minggu exam.

Oelh itu pada waktu kesenian di sebelah petang pada minggu ini dijalankan kelas tambahan yang telahpun dirancang dalam takwim sekolah. Maka aku tunggu surat confirmation dari KPM tentang hal tersebut.

Apabila surat telah diperolehi untuk mengarahkan pihak sekolah membuat latihan untuk
persembahan tersebut, maka jurulatih mengadakan mesyuarat untuk merangka satu persembahan.

Lagu-lagu kena buat skor dan berlatih, penari kena buat koreografi baru. Nasib baiklah budak-budak sekolah ini memang senang diajar. Yang penting pandai baca skor.

OK kita tengok nanti mcam mana hasilnya nanti. Ingat kita ada 5 hari aje untuk berlatih.