Thursday, December 27, 2007

Surat Tawaran Mula dihantar

Semalam 26/12/2007 telah diadakan satu Mesyuarat Pengurusan Sekolah Seni di Blik Mesyuarat JPJS dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJS.

Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai daripada JPJS, Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia, Pengetua, Penolong Kanan dan jurulatih sekolah seni

Antara yang perkara yang telah ditetapkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai tarikh bagi pendaftaran pelajar baru Sekolah Seni Johor Bahru telah ditetapkan pada
14 Januari 2008 (Isnin)

Surat tawaran telah mula dihantar kepada calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga yang telah dijalankan oleh pihak JPJS.

Surat tawaran tersebut diedarkan menggunakan perkhidmatan Poslaju ke sekolah rendah masing-masing
.

Untuk bidang seni muzik nampaknya pada kali ini seramai 19 orang pelajar yang berjaya untuk ditawarkan iaitu 10 orang pelajar perempuan dan 9 orang pelajar lelaki.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak JPJS.

Kepada yang berjaya saya ucapkan Tahniah! dan Syabas kerana Anda adalah Pewaris Bangsa!

Monday, December 3, 2007

Selamat Datang Pengurusan Baru

Hari ini aku ke sekolah untuk mengemas bilik muzik. Dapatlah aku berjumpa dengan pengetua yang baru iaitu Tuan Haji Ishak bin Haji Mahbob dari Unit Jaminan Kualiti PSPN Johor.

Cik Hajah Rohana yang dahulunya adalah merupakan Guru Penolong Kanan 1 SMK Mohd Khalid Johor Bahru telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kesenian si Sekolah Seni Johor Bahru.

Susunan pejabat telah berubah wajah nampaknya. Ketua Kerani dan kerani Kewangan telah mula bertugas di Pejabat Seni yang dahulunya menjadi bilik guru jurulatih Kesenian.

Pengetua, Hajah Rohana, Cik Mah Nyuk Ying, Kerani semua cuba memujuk aku supaya stay di sekolah ini. Aku cuma katakan yang aku akan fikirkan nanti. Tapi tak boleh lama untuk buat keputusan ini.

Entahlah pening gak....

Friday, November 30, 2007

How Long Does It Take To Play Guitar


Learning to play guitar is a process, and there is no finish line. How long does it take to play guitar, is a question students often ask their teacher. How long it takes to play the guitar depends on what your definition of guitar playing is!



The last few decades has seen a remarkable growth in the popularity of rock music and guitar playing has become pretty attractive for many.

Today the guitar is everywhere; a versatile instrument -
adapting itself to almost any kind of situation, Victimized by it's own success, it has become something more than a musical instrument - like the swastika before it, it has become the symbol of a social revolution! The ultimate emblem of grooviness! It is now an object unto itself!

Guitar enthusiasts are so often blinded by the symbol that they remain deaf to the world of musical wonders that lie beyond their blinkered six-string field of interest.

Many teenagers exist who aspire to become rock superstars, but there is also a section who wants to learn guitar playing just for sake of it. But many of them end up losing hope of learning
guitar since they don't find the best way to learn guitar.

How long does it take to play guitar?

If you can answer the following questions and make these important distinctions you
will have a good idea.

QUESTION ONE: How do you view the instrument?

Do you want to be (a) guitar owner, (b) guitar player, (c) a musician who uses the guitar for musical expression?

Essentially there's three levels of involvement with the guitar:

1. Guitar owners - to qualify you need only to have enough funds to purchase the instrument, for these people the guitar is simply a toy, like a computer game, or fashion accessory. How
long does it take you to play the guitar if you're in this category? About 5-10 minutes max. The important thing here is to "be seen to be playing the guitar"!


2. Guitar players - players in this category are often very dedicated and speed many hours practicing their instrument. Mostly self taught, they learn almost exclusively from guitar
tab, and their friends. How long does it take to play guitar in this category?... these players understand it's a lifetime journey.

3. Musicians who play guitar as their chosen instrument- players in category two focus on guitar playing skills, whereas level three players understand the whole scope of the musical landscape. A good musician not only plays their instrument well, they understand and can intelligently discuss all music.

These players:

(a) listen to all types of music

(b) read about all types of music

(c) study all types of music

How long does it take to play guitar in this category? Again, it's a lifetime of hard work and discipline. What's the difference between category two and category three?

Level two players must have their instrument in their hands to communicate ideas, whereas, musicians who play guitar as their chosen instrument know and can discuss, the qualities which make Herb Ellis or Barney Kessel a great jazz player; why Duke Ellington is a jazz innovator; Michel Legrand a great composer and orchestrator. They know why good symphonies are good and bad symphonies are bad; they know why good pop or country songs are good (musically) and bad songs are bad.

QUESTION TWO: Are you internally motivated or externally motivated?

Externally motivated players usually give up playing the guitar once they realize that they are responsible for their progress. these players quickly move on to the new 'hip' fad (only to give
up on that as soon as things get a bit challenging).

An obvious example of this type of externally motivated player and their associated problems and disappointments is with the recent popularity of computer games where people pretend to play the guitar.

Despite PR claims from computer games companies that their computer guitar games improve the player's rhythm and hand dexterity, professional guitar teachers worldwide have reported
that guitar computer game veterans have been disappointed when confronted with the real-world requirements of hard work and delayed gratification. They expect to jump into it and learn it as quickly as they learned the game, and they realize that they can't.

I'll assume if you have read this far you're more interested in category two or three!
needless to say that only internally motivated players make it into category two and three.

QUESTION THREE: What is the source of your information? common knowledge or specialized knowledge?

Today it is not a question of information on any particular subject, after all we live in the information age, don't we? To accelerate your progress on the guitar and rapidly decrease the
time it takes you to play the guitar, what we need is specialized knowledge to help us assemble the relevant knowledge to achieve our goals.

The first thing to understand is that learning guitar is something that takes a long time. how long it takes to learn depends on what you want to learn.

Learning guitar is hard work but it's really important to have fun and have your guitar make cool sounds while you're learning all the hard bits. The main thing you have to consider when
learning how to play guitar is who is teaching you how to play guitar.

How long does it take to play guitar? It depends on what you want to achieve.

Thursday, November 29, 2007

Peralatan Muzik di sekolah Seni Johor Bahru

Di sini adalah beberapa gambaran peralatan muzik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Muzik di sekolah Seni Johor Bahru.


Bagi pelajar2 baru tahun depan tentunya tak sabar nak belajar dengan jurulatih baru nanti.














Akan datang Alat muzik Orkestra.

Studio Keyboard hampir siap


Tadi bila pergi ke sekolah aku meninjau ke bilik studio untuk Keyboard. Keadaan nya adalah begini.

Gamelan dan ghazal dah sampai















Pembekal sedang memasang dan menguji alat muzik gamelan yang ditempah khas dari Indonesia.

Nampaknya alat muzik gamelan dan ghazal telah sampai. Peralatan tersebut telah diletakkan di studio Tradisional Sekolah Seni Johor Bahru. Semoga tahun hadapan pelajar2 akan lebih bersemangat lagi untuk mempelajari teknik-teknik permainan alat muzik tradisional ini.

Penuh satu studio dengan alat muzik gamelan tersebut.

Thursday, November 22, 2007

Demo Korg Extreme dari aku

Ini macm mana aku goreng menggunakan Korg Trinity di rumah.
Terima kasih JPJS kerana membekalkan keyboard yang canggih.

School Marching Band 2007

Marching Band ni... nak dapat hasil macam ni bukan sebulan.
Agak-agak berapa lama diorang practise
Siapa tau?

Pertandingan Koir Sek Men Kota Belud Tahun Tak tau

Kuda Kepang

Saksikan kehebatan Tarian Kuda kepang bersama gabungan muzik gamelan

Wayang Kulit

Untuk mereka yang tak pernah tengok wayang kulit Kelantan....

Saturday, November 17, 2007

Keputusan UPSR 2007

Semalam, Kementerian Pelajaran mengumumkan sebanyak 48,400 atau 9.7 peratus daripada 500,786 calon peperiksaan UPSR tahun ini memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran.

Maka bagi mereka yang telahpun menjalani sesi ujibakat untuk kemasukan ke Sekolah Seni bagi pengambilan 2008 tentu sedang berkira-kira dan tak sabar nak menantikan surat tawaran panggilan ke sekolah tersebut.

Tunggulah.. tak lama lagi keluar...

Memandangkan sekolah keputusan pada tahun ini sungguh menakjubkan menurut kata Menteri Pelajaran Malaysia dan menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula penempatan pelajar cemerlang ini tidak dapat dipenuhi semuanya kerana SBP tidak mencukupi untuk menampung semuanya, cuma 6000 tempat sahaja yang boleh ditampung maka bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan telah menjalani sesi uji bakat dan temuduga ke sekolah seni.... tunggulah ye.... surat tu....

Sekolah Seni Johor Bahru adalah merupakan salah satu sekolah yang berstatus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di mana perjalanan dan pengurusannya adalah dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Friday, November 16, 2007

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua pelajar dan jurulatih Seni , sekolah Seni Johor Bahru.
Malam tadi semua pelajar selamat sampai setelah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur.

Destinasi terakhir lawatan kami adalah di Institut Kraftangan Negara, Taman Rekreasi Templer.
Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami walaupun kami diberitahu yang kalau nak ikutkan pihak IKN tidak lagi menerima kedatangan pelawat kerana mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk Konvokesyen mereka.

Terimakasih kepada semua yang memberikan tunjuk ajar kepada pelajar kami di sana.

Kira-kira jam 12.00 tengah hari pelajar menantikan kedatangan ibubapa . Masa itu lah ramai pelajar yang menangis ada dan ada jugak yang meraung sebab nak berpisah utk bercuti dan adalah sebabnya tu....

Tak kira perempuan mahupun lelaki sama aje....

Ada gak yang menangis sebab dapat tahu aku nak berpindah tahun depan...
Tapi aku kata jurulatih yang baru nanti 527 kali ganda lebih handal daripada aku...

Apa-apa pun selamat bercuti dan InsyaAllah kita berjumpa lagi..

Tuesday, November 13, 2007

Latihan dan lawatan ke Bandung Indonesia

Semua Jurulatih Sekolah Seni Johor Bahru akan mengadakan latihan di Bandung Indonesia mulai 23 November hingga 8 Disember.

Tempat aku telah digantikan oleh Cik Mah Nyuk Ying setelah Cik Hjh Rohana GPK 1 meminta pandangan daripada aku sama ada aku nak pergi atau tidak.

Memandangkan aku akan ditukarkan so tak perlu lah rasanya aku pergi. Setelah dipersetujui maka ketetapan telah dibuat Cik Mah akan pergi.

Khairul jurulatih tarian pulak... akan melangsungkan pernikahnnya pada 30 November.....

Haaa macam pulak mana tu?

Aku rasa tak pergi la tu....

Sekian-

Lagu sekolah Seni Johor Bahru dah siap

Selepas pegawai LPM pulang, aku pun meneruskan berkarya dan membuat gubahan, orchestration lagu Sekolah Seni JB dengan menggunakan perisian Cakewalk Sonar 7.0 dan juga keyboard korg PA 50. Memang senang pakai software kalau terer lah.
Kalau tak terer boleh belajar. Kat malaysia ni ramai pakar yang menggunakan perisian tersebut untuk sequencing lagu.
c
Kalau ada digital cam boleh lah korang tengok bagaimana proses aku buat membuatnya.
Hari ni terpaksalah pikul PC dan monitor dari rumah.

Bukannya apa, hari ni kena siapkan lagu tu. Tahun depan dah boleh nyanyi utk perhimpunan sekolah sebab nanti dah bertukar sekolah tak ada pulak orang nak menyiapkan lagu tu.

Lagi pun esok 3 hari semua jurulatih dan pelajar Sekolah Seni Johor Bahru akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Selangor dan Wilayah persekutuan.
Bagi pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur ke akan terus balik ke rumah masing-masing sempena cuti akhir tahun.

Semasa pembikinan lagu tu En Zain dan Johari pemandu Sekolah Seni Johor Bahru turut menemani aku sampai dekat pukul 7.00 malam.

Korang nak dengar ke lagu tu?
Nak tengok ada response ke tak?
Sila beri komen.

Lawatan Kerja Pegawai LPM ke Sekolah Seni

Hari ini 3 orang pegawai dari LPM telah datang ke Sekolah Seni Johor Bahru untuk memberi taklimat kepada para pelajar mengenai Standard of Performance dan pentaksiran berasaskan sekolah bagi pelajar seni.

Pelajar didedahkan mengenai syarat-syarat untuk mencapai tahap band yang boleh dicapai. terdapat 6 band di dalam bidang kesenian.

Seterusnya pegawai LPM telah melihat eviden-eviden penilaian pelajar yang dijalankan. aku beri kepada En Raden (pegawai LPM Muzik) dalam bentuk DVD maklumat-maklumat pemarkahan dan juga files nyanyian dan ujian kibod dalam format wav bagi setiap pelajar.

Pegawai-pegawai LPM pulang pada pukul 1.30 petang.

Sekian

Saturday, November 10, 2007

Permohonan Pertukaran Diluluskan

Nampaknya sampai tahun ini ajelah aku bertugas di Sekolah Seni Johor Bahru kerana permohonan untuk bertukar ke negeri Selangor telah pun diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia setelah disemak di http://apps.emoe.gov.my/spg/login1.cfm
Sekolah mana belum confirm lagi.


Seronoklah budak-budak seni dapat jurulatih muzik baru nanti.

Tapi tugas belum selesai lagi. Lagu belum siap, Selasa ni LPM nak tengok pentaksiran, dan ada penggambaran Video oleh pihak KPM.


Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada Cik Siti Jauhara Jamian jurulatih Seni Teater bersama pasangannya. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Agaknya tentu meriah sambutannya di sana dengan persembahan pelajar Muzik dan Tarian yang menyerikan majlis. Budak2 muzik aku dah prepare kan 21 lagu untuk dinyanyikan secara karaoke.

Maaflah tak dapat hadir kerana bertugas di KL iaitu membawa Mazlan Abdullah pelajar Seni Visual yang telah menjadi pemenang Anugerah Tunas Jaya UPSR 2006 Negeri Johor yang menerima anugerah tersebut daripada Datin Seri Jeane Abdullah isteri Perdana Menteri Malaysia sempena SAmbutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur Convention Centre.


Esok hari Ahad balik semula ke JB.

Wednesday, November 7, 2007

Monday, November 5, 2007

Tiga Malam and Final exam

Today all the art students seating for their final examination. It's their last exam day.
In the afternoon the band  practice session was carried out in the musical studio
supervised by me.
The song was Tiga Malam by Fiq Mentor.
One of a major problem to my students is the warden not allowed them to practice any music instrument especially guitar in their dorm.

Here is the chord and lyric for Tiga Malam



Sunday, November 4, 2007

Creative Art Video Clip from Anuar Zain

This video clip is so amazings and superb by the most eligible bachelor singer in Malaysia - Mr Anuar Zain.

Anuar, whose full name is Shahrul Anuar Zain, started singing at the age of 12 when his policeman father nudged him on stage to sing at a relative's wedding. More info about him at http://www.anuarzain.net/

Mungkin Nanti - With a combinations of animation techniques, motion design, powerful voice and a beautiful music arrangement and orchestration, I will guarantee that this song will touch your heart.

- enjoy it.



Lawak sekejap

Tengok Pelawak Saiful Apek menyanyi

Funny video



The most funniest video ever seen...

Saturday, November 3, 2007

Festival Kebudayaan KPM di Shah Alam

Hari ini bertempat di Dataran Shah Alam, pelajar seni dari dua sekolah iaitu JB dan Kuching akan membuat persembahan bersempena dengan festival Kebudayaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah Seni JB menampilkan persembahan Tarian Zapin oleh kumpulan akartari manakala dari Kuching pula akan membuat persembahan Tarian Ngajat.

Wednesday, October 31, 2007

Peralatan ICT tak ada lagi

Kalau anda semua lihat laman blog ini kenapa la tak canggih la.... tak ada gambar2 la... gambar persekitaran sekolah ke....
Nak tau kenapa?

Sebab sekolah ini masih lagi belum diberi peralatan ICT seperti digital camera, PC, Laptop... kemudahan internet tak sampai ke blok seni.... dah dekat setahun woooo

Sedikit sebanyak telah menjejaskan p&p terutama dalam nak menyiapkan tugasan kerja khusus dan penilaian berasaskan komputer, membuat gubahan.... buku2 pun masih belum banyak di perpustakaan.

Dulu rajin jugak pikul PC yang berat tu dengan monitor tiap2 hari ke sekolah nak buat kerja. sekarang hmmmm tak larat dah sebab rumah yang saya duduk tu tingkat 5... tak ada lif pulak tu... tak larat la.

Nak bagi tugasan kena tunggu cuti sekolah baru boleh buat supaya dapat mencari bahan2 di internet dan persekitaran.

Apa-apa pun kira nasib baiklah jugak dapat lah tengok gambar blok seni di atas tu....
Untuk makluman gambar tersebut diambil pada awal tahun... sekarang dah berubah dah....
Ada gazebo la, studio muzik, studio tari, teater dan seni visual.

Tapi berita baik nampaknya... peralatan ICT rasanya dah nak sampai ke sekolah... tak percaya sila baca blog di bawah ini

http://budakit.wordpress.com/category/sekolah-seni/

Tuesday, October 30, 2007

Kursus Orientasi Pendidikan Kesenian

Kursus ini di jalankan mulai 29 - 2 Oktober bertempat di Hotel Goldcourse Klang Selangor.

Semua guru Kesenian terlibat dan termasuk lah Cik Mah Nyuk Ying dari SMK Mohd Khalid yang diura-urakan menjadi jurulatih Muzik sekolah ini pada tahun hadapan. Beliau juga adalah orang yang terlibat secara langsung dalam menyusun kurikulum Pendidikan Kesenian Seni Muzik khususnya.

Pameran Seni Visual - Nukilan Awal

Sebagai memenuhi syarat di dalam penilaian pelajar sekolah seni, satu pameran seni visual yang bertajuk Nukilan Awal telah dilancarkan pada hari Isnin 28 Oktober 2007.

Setiap pelajar seni bergabung tenaga bagi menghasilkan produksi ini di mana mereka telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa tugas yang diberikan daripada membentuk jawatankuasa sehinggalah ke menjemput VIP pada hari tersebut.

VIP yang dijemput untuk merasmikan pameran tersebut adalah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.

Friday, October 26, 2007

Lagu Sekolah Seni Johor Bahru

Hari ini idea melodi untuk lagu Sekolah Seni Johor Bahru dah siap.
Lagu ni dengan bantuan En. Zain selaku warden Putra dan guru Pendidikan seni SMK Mohd Khalid yang menulis lirik lagunya.

Konsep lagu ini adalah gabungan irama kontemporari dan tradisional yang mana kedua2 elemen lagu ini akan dimasukkan alat muzik orkestra dan alat muzik melayu tradisional.

Semua guru kesenian dah bersepakat yang lagu ini akan dinyanyikan ala-ala Akademi Fantasia dan juga High School Musical ... so dalam perhimpunan nanti lagu ini dinyanyikan bersama-sama gaya yang akan dikoreograf oleh Jurulatih Tarian .

Tentang gaya tu... tunggu siap lagu dulu baru boleh fikir....

Tapi yang bersesuaian lah....





Taklah macam lagu-lagu sekolah biasa.......
Bila nyanyi lagu sekolah mesti berdiri tegak.... lagu pun rentak march

Wow!! sama-sama kita nantikan!!!

Wednesday, October 24, 2007

Mesyuarat Perancangan Takwim 2008

Guru Penolong Kanan 1 Cik Hjh. Rohana telah mempengerusikan mesyuarat perancangan takwim tahun 2008 di pejabat SMK Mohd. Khalid.

Mesyuarat membincangkan perancangan, cadangan dan perkara2 yang akan dirangka untuk sesi persekolahan tahun 2008.

Mesyuarat bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi

Tuesday, October 23, 2007

Pemantauan Kurukulum Pendidikan Kesenian

Hari ini bermula jam 8.00 pagi semua pelajar serta guru seni telah berkumpul di dewan untuk menghadiri satu sesi temuduga dan soal selidik oleh Jawatankuasa Pemantau JPJS bagi mendapatkan maklum balas mengenai kurikulum Pendidikan Kesenian.

Jawatankuasa ini di ketuai oleh Tn Hj Habibuddin Rejab, diiringi oleh Pn Rawiyah, Cik Girly, En Rafaei .

Tujuan pemantauan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada guru dan pelajar tentang masalah-masalah, perjalanan P & P dan cadangan serta pandangan untuk penambahbaikan kurikulum Pendidikan Kesenian untuk dikemukakan kepada pihak atasan bagi tujuan pengstrukturan semula.

Monday, October 22, 2007

5 orang pelajar mendaftar ke SSJB

Seramai 5 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri mereka ke ssjb pada hari semalam.
Semoga mereka dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan, peraturan dan berpisah dengan keluarga.

Monday, October 8, 2007

Sekolah Seni akan berpindah ke tapak sekolah STF

Pegawai-pegawai KPM baru-baru ini telah membuat tinjauan terhadap kesesuaian lokasi
Sekolah Tun Fatimah untuk dijadikan tapak bagi Sekolah Seni Johor Bahru.
Keputusannya tak tau lah jadi ke tak pindah ke situ nanti. manakala pelajar dan guru-guru sekolah STF pula akan berpindah ke Nusajaya yang merupakan nadi
Wilayah Pembangunan Iskandar.
Sama-samalah kira nantikan.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Nusajaya (JSNAC)

Perjumpaan TKPPM JPJS bersama Guru Kesenian dan pihak pentadbir

Sebenarnya selepas sahaja solat Tarawih malam tadi, TKPPM ingin bertemu dengan guru-guru kesenian untuk mendapatkan feedback mengenai kurikulum Sekolah Seni. Walaubagaimanapun oleh kerana hanya aku sorang aje yang tinggal maka beliau meminta satu perjumpaan diadakan pada pukul 8.00 pagi di bilik mesyuarat hari ini.

TKPPM telah memberi briefing terhadap senario sekolah seni sekarang di mana nisbah di antara matapelajaran akademik dan pendidikan kesenian adalah 60:40.

Oleh itu satu penstrukturan semula perlu dilakukan untuk mengubahsuai perjalanan sekolah seni ini agar lebih pemberatan diberikan lebih terhadap aktiviti kesenian.

Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh beliau di samping guru-guru seni sendiri telah memberikan input kepada beliau terhadap cadangan-cadangan beliau.

Beberapa rasional telah dikemukakan.
Antara cadangannya adalah seperti berikut :

1. Jumlah matapelajaran akademik dikurang kan kepada 6 matapelajaran sahaja
2. Penyusunan jadual waktu dimana dimasukkan kokurikulum, matapelajaran kreativiti, sivik
3. Latihan Kemahiran Individu dimasukkan dalam jadual
4. Aktiviti persembahan
5. Linkages dengan pihak luar.
5. Apresiasi.

Perkara ini tak perlulah diperincikan di dalam blog ini. Cadangan-cadangan ini pun belum lagi diputuskan.

Apapun cadangan-cadangan ini nampaknya lebih baik daripada situasi sekarang ini.

Sunday, October 7, 2007

Panduan membina blog



"Anda Akan Berjaya Membina Blog dot Com Sendiri
Dengan Hanya Beberapa Langkah Mudah Sahaja!"

Saturday, October 6, 2007

Majlis Berbuka Puasa Bersama TKPPM


Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JPJS En. Abd. Ghafar b. Mahmud pada hari Ahad mulai 6.30 petang bertempat di surau.

Antara program yang akan dijalankan adalah berbuka puasa di Dewan Makan, sembahyang maghrib dan isyak serta sembahyang terawih bersama pelajar SSJB.

Thursday, October 4, 2007

Wednesday, October 3, 2007

Gerak GempurTamat

Hari ni kelas sepeti kembali seperti biasa....
Semua gembira dapat belajar dan jumpa ayahnda dan bonda masing-masing.

Tapi bila dah lama tak jumpa ada pulak yang tak bawa buku nota muzik.
Memang kena marah lah.. dulu...

Hari ni budak muzik belajar untuk mengenal skel major berdasarkan tanda nada ... So diorang kenalah kenal dulu tanda nada (key signature) utk G major dan f major.

Kalau G major ada not F# manakala F major pulak ada not Bb... Ujian bertulis berjaya diselesaikan. apa-apapun diorang ni dah mula demam raya... suruh aku main lagu raya..... aku main keyboard korg Triton Extreme yang canggih tu... tapi sengaja aku main intro aje..


masa diorang buat kerja bertulis yang diberi....

Lama lagi la nak raya .... Minggu depan le...



Monday, October 1, 2007

Program Gerak Gempur dan PMR

Hari ini pelajar-pelajar menjalani ujian Gerak Gempur iaitu sama lah macam ujian penilaian kurikulum.

Selain itu pelajar SMK Mohd Khalid hari ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana hari ini adalah merupakan kali pertama calonnya mengambil Peperiksan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dengan iringan doa kami semua mengharapkan kejayaan yang cemerlang akan mengiringi kalian semua. All the Best!!!



Saturday, September 29, 2007

Ujibakat Pelajar Sekolah Seni 2008

Temuduga dan Ujibakat untuk pengambilan pelajar tahun 2008 telah dijalankan pada
24 - 28 September yang lepas di seluruh negara.

Seramai 1027 orang calon telahpun ditemuduga bagi mengisi penempatan seramai 75 orang pelajar untuk bidang Seni Muzik, Seni Tari, Seni Teater dan Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru dan 125 di Sekolah Seni Kuching.

Panel penemuduga adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama dari KeKKWA.

Maklumat lanjut sila layari http://iqhabib.blogspot.com/2007/09/kembara-seni.html atau http://deermk.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sekolah Seni Malaysia

Thursday, August 9, 2007

Persediaan untuk Persembahan di SSBJ

PERSEMBAHAN SEMPENA LAWATAN PELAJAR BEIJING FOREIGN UNIVERSITY
23 OGOS 2007

Guru Pengiring :

1. EN. AHMAD NAZRI BIN NORDIN
2. EN. AHMAD KHAIRULANUAR RAHIMEY BIN RAHIM
3. CIK ZALINA BINTI BAHTIAR
4. CIK SITI JAUHARA BINTI JAMIAN

Pelajar :
A. Nyanyian Solo
1. MIRRAH DZAKIRAH BINTI MOHD. POUZI
2. DIANA ADHA BINTI MOHD. ABID
3. AMAR REZA BIN ZAINAL ABIDIN

B. Tarian
1. ATHIRAH NAJWA BT. ROSELY
2. AZIRA NUR NADIAH BT. MD. ESA
3. NUR PUSATELLAWATY BT. JASMAN
4. AINUR AFIFAH BT. OSMAN
5. LILIS JAH IZZATI BT. MOHD. YATIM
6. NUR FARAH BT. ABD. RAHMAN
7. NUR FARHANA BT. ABD RAHMAN
8. NURSYAMIMI NADIA BT. NORAZMAN
9. NURUL AIDILLA SYAMIMIE BT. MOHD SYAFFI
10. NURUL ATIQAH BT. MARZUKI
11. RAZANAH SYAIRAH BT. ASMANTOR
12. REENA FITRI SYAHRIAH BT. ABDUL RAZAK
13. WAN NOR RATHNA BT. WAN RATHI
14. NUR AMALINA BT. ABD. HALIM HAPIT
15. MIMI HASMIDAH BT. ZULKARNAIN




ATURCARA PERSEMBAHAN

1. Tarian Overture - Kumpulan Akartari
2. Nyanyian Solo (Keroncong November) - Mirrah Dzakirah bt. Mohd. Pouzi
3. Teratai - Diana Adha binti Mohd Abid
4. Tarian Zapin Sri Bunian - Kumpulan Akartari
5. Penawar Rindu - Mirrah Dzakirah bt. Mohd. Pouzi
6. Pantun Budi - Amar Reza bin Zainal Abidin
7 . Bunga Tanjong - Diana Adha binti Mohd Abid
8 . Tarian Rampai - Kumpulan Akartari

Wednesday, August 1, 2007

Mesyuarat Pelajar Bidang Seni Muzik

Mesyuarat dipengerusikan oleh Maisara Mokhtar pada pukul 5.00 petang di Studio Improfoni.

Agenda Mesyuarat:
1. Kecerian Bilik studio
2. Pembahagian Tugas.
3. Sponsorship
4. Gotong royong
5. Hal-hal lain.

Tuesday, July 31, 2007

Lawatan Pelajar Sek Seni Kuching, Sarawak

Seramai 10 orang dan 3 orang guru Sek Seni Kuching Sarawak telah membuat lawatan ke sekolah ini.

Lawatan ini adalah merupakan satu aktiviti yang tidak dirancang memandangkan pelajar ini terlibat untuk persembahan makan malam Forum Pentaksiran Pendidikan Kesenian dan telah diberikan perlepasan oleh pihak LPM.

Mereka disambut oleh En Ahmad Khairulanuar Rahimey bin Rahim Guru Seni Tarian.

Monday, July 30, 2007

Forum Pentaksiran Pendidikan Kesenian

Forum Pentaksiran ini dijalankan di Hotel Sofitel Palm Resort, Senai
Pelajar Seni membuat persembahan pada jamuan makan malam.

Penggiat seni terdiri daripada seniman dalam seni lakon, muzik, penulis, teater dan tarian turut hadir.

Antara yang hadir ialah Loloq, Wafa Abd kadir, Aidit Alfian, Dr Sharkawi, Ujang, Datin Rosnani Jamil, Dato Wah Idris, Din CJ, Othman Hafsham.

Saturday, July 28, 2007

Wednesday, July 25, 2007

Kelas Keyboard (Korg Pa50)

Pelajaran hari ini.

Skel G major 2 oktaf menaik dan menurun.

Perkara yang difokuskan

1. Penjarian yang betul.
2. Kelancaran mengikut tempo yang ditetapkan
3. Bermain piano mengikut skor Latihan klef trebel dan klef bass.


Refleksi:


1. 90% Pelajar telah dapat bermain skel dengan betul. Tetapi perlu banyak lagi latihan untuk membiasakan diri dengan sentuhan pada mata kibod.


2. 90% pelajar dapat bermain piano mengikut skor semerta. latihan 1 hingga 8.

Kibod yang digunakan adalah jenama Korg Pa50


Laman Web Korg : http://www.korg.com/



SYAZWANI NABILAH BT. SELAMAT
Johor Bahru, Johor

Sunday, July 22, 2007

Cuti Minggu

Tak buat apa-apa pun

Saturday, July 21, 2007

Bigwalk Putrajaya

Hari ini. Seramai 39 pelajar dan 4 guru Kesenian beserta Pengetua, GPK HEM, dan GPK Koko berkumpul di depan Masjid Putrajaya bagi menjayakan pameran Sekolah Seni JB dan juga program Bigwalk anjuran JPJS