Wednesday, October 31, 2007

Peralatan ICT tak ada lagi

Kalau anda semua lihat laman blog ini kenapa la tak canggih la.... tak ada gambar2 la... gambar persekitaran sekolah ke....
Nak tau kenapa?

Sebab sekolah ini masih lagi belum diberi peralatan ICT seperti digital camera, PC, Laptop... kemudahan internet tak sampai ke blok seni.... dah dekat setahun woooo

Sedikit sebanyak telah menjejaskan p&p terutama dalam nak menyiapkan tugasan kerja khusus dan penilaian berasaskan komputer, membuat gubahan.... buku2 pun masih belum banyak di perpustakaan.

Dulu rajin jugak pikul PC yang berat tu dengan monitor tiap2 hari ke sekolah nak buat kerja. sekarang hmmmm tak larat dah sebab rumah yang saya duduk tu tingkat 5... tak ada lif pulak tu... tak larat la.

Nak bagi tugasan kena tunggu cuti sekolah baru boleh buat supaya dapat mencari bahan2 di internet dan persekitaran.

Apa-apa pun kira nasib baiklah jugak dapat lah tengok gambar blok seni di atas tu....
Untuk makluman gambar tersebut diambil pada awal tahun... sekarang dah berubah dah....
Ada gazebo la, studio muzik, studio tari, teater dan seni visual.

Tapi berita baik nampaknya... peralatan ICT rasanya dah nak sampai ke sekolah... tak percaya sila baca blog di bawah ini

http://budakit.wordpress.com/category/sekolah-seni/

Tuesday, October 30, 2007

Kursus Orientasi Pendidikan Kesenian

Kursus ini di jalankan mulai 29 - 2 Oktober bertempat di Hotel Goldcourse Klang Selangor.

Semua guru Kesenian terlibat dan termasuk lah Cik Mah Nyuk Ying dari SMK Mohd Khalid yang diura-urakan menjadi jurulatih Muzik sekolah ini pada tahun hadapan. Beliau juga adalah orang yang terlibat secara langsung dalam menyusun kurikulum Pendidikan Kesenian Seni Muzik khususnya.

Pameran Seni Visual - Nukilan Awal

Sebagai memenuhi syarat di dalam penilaian pelajar sekolah seni, satu pameran seni visual yang bertajuk Nukilan Awal telah dilancarkan pada hari Isnin 28 Oktober 2007.

Setiap pelajar seni bergabung tenaga bagi menghasilkan produksi ini di mana mereka telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa tugas yang diberikan daripada membentuk jawatankuasa sehinggalah ke menjemput VIP pada hari tersebut.

VIP yang dijemput untuk merasmikan pameran tersebut adalah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.

Friday, October 26, 2007

Lagu Sekolah Seni Johor Bahru

Hari ini idea melodi untuk lagu Sekolah Seni Johor Bahru dah siap.
Lagu ni dengan bantuan En. Zain selaku warden Putra dan guru Pendidikan seni SMK Mohd Khalid yang menulis lirik lagunya.

Konsep lagu ini adalah gabungan irama kontemporari dan tradisional yang mana kedua2 elemen lagu ini akan dimasukkan alat muzik orkestra dan alat muzik melayu tradisional.

Semua guru kesenian dah bersepakat yang lagu ini akan dinyanyikan ala-ala Akademi Fantasia dan juga High School Musical ... so dalam perhimpunan nanti lagu ini dinyanyikan bersama-sama gaya yang akan dikoreograf oleh Jurulatih Tarian .

Tentang gaya tu... tunggu siap lagu dulu baru boleh fikir....

Tapi yang bersesuaian lah....





Taklah macam lagu-lagu sekolah biasa.......
Bila nyanyi lagu sekolah mesti berdiri tegak.... lagu pun rentak march

Wow!! sama-sama kita nantikan!!!

Wednesday, October 24, 2007

Mesyuarat Perancangan Takwim 2008

Guru Penolong Kanan 1 Cik Hjh. Rohana telah mempengerusikan mesyuarat perancangan takwim tahun 2008 di pejabat SMK Mohd. Khalid.

Mesyuarat membincangkan perancangan, cadangan dan perkara2 yang akan dirangka untuk sesi persekolahan tahun 2008.

Mesyuarat bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi

Tuesday, October 23, 2007

Pemantauan Kurukulum Pendidikan Kesenian

Hari ini bermula jam 8.00 pagi semua pelajar serta guru seni telah berkumpul di dewan untuk menghadiri satu sesi temuduga dan soal selidik oleh Jawatankuasa Pemantau JPJS bagi mendapatkan maklum balas mengenai kurikulum Pendidikan Kesenian.

Jawatankuasa ini di ketuai oleh Tn Hj Habibuddin Rejab, diiringi oleh Pn Rawiyah, Cik Girly, En Rafaei .

Tujuan pemantauan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada guru dan pelajar tentang masalah-masalah, perjalanan P & P dan cadangan serta pandangan untuk penambahbaikan kurikulum Pendidikan Kesenian untuk dikemukakan kepada pihak atasan bagi tujuan pengstrukturan semula.

Monday, October 22, 2007

5 orang pelajar mendaftar ke SSJB

Seramai 5 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri mereka ke ssjb pada hari semalam.
Semoga mereka dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan, peraturan dan berpisah dengan keluarga.

Monday, October 8, 2007

Sekolah Seni akan berpindah ke tapak sekolah STF

Pegawai-pegawai KPM baru-baru ini telah membuat tinjauan terhadap kesesuaian lokasi
Sekolah Tun Fatimah untuk dijadikan tapak bagi Sekolah Seni Johor Bahru.
Keputusannya tak tau lah jadi ke tak pindah ke situ nanti. manakala pelajar dan guru-guru sekolah STF pula akan berpindah ke Nusajaya yang merupakan nadi
Wilayah Pembangunan Iskandar.
Sama-samalah kira nantikan.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Nusajaya (JSNAC)

Perjumpaan TKPPM JPJS bersama Guru Kesenian dan pihak pentadbir

Sebenarnya selepas sahaja solat Tarawih malam tadi, TKPPM ingin bertemu dengan guru-guru kesenian untuk mendapatkan feedback mengenai kurikulum Sekolah Seni. Walaubagaimanapun oleh kerana hanya aku sorang aje yang tinggal maka beliau meminta satu perjumpaan diadakan pada pukul 8.00 pagi di bilik mesyuarat hari ini.

TKPPM telah memberi briefing terhadap senario sekolah seni sekarang di mana nisbah di antara matapelajaran akademik dan pendidikan kesenian adalah 60:40.

Oleh itu satu penstrukturan semula perlu dilakukan untuk mengubahsuai perjalanan sekolah seni ini agar lebih pemberatan diberikan lebih terhadap aktiviti kesenian.

Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh beliau di samping guru-guru seni sendiri telah memberikan input kepada beliau terhadap cadangan-cadangan beliau.

Beberapa rasional telah dikemukakan.
Antara cadangannya adalah seperti berikut :

1. Jumlah matapelajaran akademik dikurang kan kepada 6 matapelajaran sahaja
2. Penyusunan jadual waktu dimana dimasukkan kokurikulum, matapelajaran kreativiti, sivik
3. Latihan Kemahiran Individu dimasukkan dalam jadual
4. Aktiviti persembahan
5. Linkages dengan pihak luar.
5. Apresiasi.

Perkara ini tak perlulah diperincikan di dalam blog ini. Cadangan-cadangan ini pun belum lagi diputuskan.

Apapun cadangan-cadangan ini nampaknya lebih baik daripada situasi sekarang ini.

Sunday, October 7, 2007

Panduan membina blog



"Anda Akan Berjaya Membina Blog dot Com Sendiri
Dengan Hanya Beberapa Langkah Mudah Sahaja!"

Saturday, October 6, 2007

Majlis Berbuka Puasa Bersama TKPPM


Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JPJS En. Abd. Ghafar b. Mahmud pada hari Ahad mulai 6.30 petang bertempat di surau.

Antara program yang akan dijalankan adalah berbuka puasa di Dewan Makan, sembahyang maghrib dan isyak serta sembahyang terawih bersama pelajar SSJB.

Thursday, October 4, 2007

Wednesday, October 3, 2007

Gerak GempurTamat

Hari ni kelas sepeti kembali seperti biasa....
Semua gembira dapat belajar dan jumpa ayahnda dan bonda masing-masing.

Tapi bila dah lama tak jumpa ada pulak yang tak bawa buku nota muzik.
Memang kena marah lah.. dulu...

Hari ni budak muzik belajar untuk mengenal skel major berdasarkan tanda nada ... So diorang kenalah kenal dulu tanda nada (key signature) utk G major dan f major.

Kalau G major ada not F# manakala F major pulak ada not Bb... Ujian bertulis berjaya diselesaikan. apa-apapun diorang ni dah mula demam raya... suruh aku main lagu raya..... aku main keyboard korg Triton Extreme yang canggih tu... tapi sengaja aku main intro aje..


masa diorang buat kerja bertulis yang diberi....

Lama lagi la nak raya .... Minggu depan le...



Monday, October 1, 2007

Program Gerak Gempur dan PMR

Hari ini pelajar-pelajar menjalani ujian Gerak Gempur iaitu sama lah macam ujian penilaian kurikulum.

Selain itu pelajar SMK Mohd Khalid hari ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana hari ini adalah merupakan kali pertama calonnya mengambil Peperiksan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dengan iringan doa kami semua mengharapkan kejayaan yang cemerlang akan mengiringi kalian semua. All the Best!!!