Tuesday, December 30, 2008

Mesyuarat Ko Kurikulum dan HEM

Hari ini telah dijalankan satu mesyuarat Pengurusan Ko kurikulum yang dipengerusikan oleh En Tee Tiam Chai (GPK KoKo) dan Mesyuarat HEM yand dipengerusikan oleh En Ali Mustaffa bin Othman (PK HEM ).

Semua guru yang hadir telah dibekalkan juga dengan Buku Persediaan Mengajar, Diari, Buku nota, fail minit mesyuarat, hand out dan pen.

Mesyuarat turut dihadiri oleh PK Akademik manakala tuan Pengetua tidak dapat bersama kerana menghadiri mesyuarat Pengetua Sekolah MenengahNegeri Johor di Kluang, Johor.

Selamat Menyambut tahun baru. Dalam selamat kembali bertugas.

Thursday, December 25, 2008

Pendaftaran Pelajar Baru

Tahniah kepada mereka yang berjaya terpilih untuk ke Sekolah Seni Johor Bahru. Keputusan pemilihan para pelajar ke sekolah ini adalah berdasarkan kepada ranking mereka dalam sesi uji bakat yang diadakan pada bulan Oktober lalu.

Selain itu mereka yang dirankingkan tersebut akan dilihat dari segi pencapaian UPSR mereka agar memenuhi syarat kelayakan ke sekolah ini iaitu sekurang-kurangnya 3B.

Sekiranya kedua-dua kriteria ini dipenuhi maka, pelajar tersebut akan disenarai pendekkan.

Bagi mereka yang mendapat keputusan 5A, pihak BSSK akan menghubungi penjaga bagi mendapatkan kepastian terlebih dahulu sama ada pelajar tersebut benar-benar ingin ke sekolah seni sebelum surat tawaran dihantar kepada mereka.

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 Januari 2009.