Thursday, December 27, 2007

Surat Tawaran Mula dihantar

Semalam 26/12/2007 telah diadakan satu Mesyuarat Pengurusan Sekolah Seni di Blik Mesyuarat JPJS dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJS.

Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai daripada JPJS, Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia, Pengetua, Penolong Kanan dan jurulatih sekolah seni

Antara yang perkara yang telah ditetapkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai tarikh bagi pendaftaran pelajar baru Sekolah Seni Johor Bahru telah ditetapkan pada
14 Januari 2008 (Isnin)

Surat tawaran telah mula dihantar kepada calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga yang telah dijalankan oleh pihak JPJS.

Surat tawaran tersebut diedarkan menggunakan perkhidmatan Poslaju ke sekolah rendah masing-masing
.

Untuk bidang seni muzik nampaknya pada kali ini seramai 19 orang pelajar yang berjaya untuk ditawarkan iaitu 10 orang pelajar perempuan dan 9 orang pelajar lelaki.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak JPJS.

Kepada yang berjaya saya ucapkan Tahniah! dan Syabas kerana Anda adalah Pewaris Bangsa!

Monday, December 3, 2007

Selamat Datang Pengurusan Baru

Hari ini aku ke sekolah untuk mengemas bilik muzik. Dapatlah aku berjumpa dengan pengetua yang baru iaitu Tuan Haji Ishak bin Haji Mahbob dari Unit Jaminan Kualiti PSPN Johor.

Cik Hajah Rohana yang dahulunya adalah merupakan Guru Penolong Kanan 1 SMK Mohd Khalid Johor Bahru telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kesenian si Sekolah Seni Johor Bahru.

Susunan pejabat telah berubah wajah nampaknya. Ketua Kerani dan kerani Kewangan telah mula bertugas di Pejabat Seni yang dahulunya menjadi bilik guru jurulatih Kesenian.

Pengetua, Hajah Rohana, Cik Mah Nyuk Ying, Kerani semua cuba memujuk aku supaya stay di sekolah ini. Aku cuma katakan yang aku akan fikirkan nanti. Tapi tak boleh lama untuk buat keputusan ini.

Entahlah pening gak....