Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

Persembahan Seni Muzik Bersamamu Gaza

Hari ini pelajar dari bidang kesenian membuat persembahan mereka untuk program Hari Bersamamu Gaza.

Pelajar dari bidang muzik membuat persembahan nyanyian lagu ciptaan oleh Munirah Musa, Khalilah, dan Aidilla yang dipersembahkan secara live oleh band

Sungguh menarik sekali persembahan yang ditunjukkan oleh kumpulan ini. Sehingga memukau para hadirin dan mendapat tepukan yang gemuruh.

Lagu ini telah dihasilkan liriknya oleh Aidilla dan Munirah manakala, muziknya digubah oleh Khalilah yang berentak R&B .

Walaupun muzik lagu ini agak rancak tetapi penyanyi bagi lagu ini iaitu Aidillah dan Nurul Syazliana dapat menyampaikannya dengan ekspresi sedih yang berkait rapat dengan lirik lagu tersebut.

Tahniah kepada anda semua. Teruskan berkarya.

Selanjutnya persembahan khas daripada Ayahnda Rahman dengan iringan keyboard oleh aku turut menggemparkan para peminat-peminatnya di SSJB ini.

Persembahan nyanyian yang sungguh bertenaga dan penuh ekspresi berjaya ditunjukkan oleh penyanyi berbakat ini. Beliau berjaya menjiwai lagu ini sepenuhnya dengan bantuan multimedia paparan suasana kesengsaraan anak-anak Palestin di layar di hadapan semua pelajar dan guru-guru sangat berkesan dihati mereka.


Good Job.

Di samping itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh mangsa-magsa kekejaman Yahudi di Gaza.

Latihan Rumah Sukan

Hari ini pelajar-pelajar SSJB telah memulakan sesi latihan rumah sukan untuk persediaan acara Sukantara dan Kejohanan Olahraga tidak lama lagi.

Pelajar-pelajar telah menunjukkan kesungguhan mereka semasa sesi latihan dijalankan dengan tunjuk ajar daripada guru-guru rumah sukan masing-masing dalam keadaan cuaca yang panas terik bermula dari pukul 3.15 hingga 5.00 petang.

Semua pasukan bergilir-gilir melakukan latihan dalam 4 acara sukan iaitu, 100 meter, rejam lembing, lonar peluru dan lompat jauh.



Di harapkan mereka semua dapat menunjukkan bakat mereka sebagai atlet.
Semoga rumah P. Ramlee akan berjaya dan beroleh tempat pertama nanti.

Wednesday, January 21, 2009

Malam Gala Kesenian - Seni Visual

Salah satu daripada aktiviti menghasilkan catan bertemakan P.Ramlee oleh pelajar-pelajar Seni Visual. Pelajar seperti Mohd. Nabil, Fatin Nurain, Syed Mohd Hizrin, Amzar, Syazwan, dan lain-lain lagi nama yang tak disebutkan di sini sedang asyik menghasilkan karya mereka.

Teknik yang digunakan dalam penghasilan karya ini adalah seperti installation art, relief art, kolaj, dan paper art. Kesemua ini telah diaplikasikan oleh pelajar-pelajar tersebut dengan bimbingan jurulatih Seni Visual iaitu Mohd Zain.


Ternyata hasil karya pelajar-pelajar ini sangat bermutu tinggi dan berbeza dengan karya pelajar-pelajar yang seumur dengan mereka di sekolah-sekolah lain.

Hasil karya ini telah dipamerkan semasa Majlis Malam Gala Kesenian bertempat di Aras Satu Auditorium RTM Johor Bahru pada 2 November 2008 yang lalu.

Syabas dan tahniah dicuapkan kepada semua yang telibat.

Bersamamu Gaza

Setiap pagi semasa sesi perhimpunan kecil minggu ini telah diadakan satu program bertemakan keganasan Yahudi di Palestin.

Slot yang dinamakan "Bersamamu Gaza" melibatkan wakil pelajar-pelajar dari semua bidang Kesenian.

Pada hari ini wakil dari Seni Teater dan Seni Tari telah bergabung tenaga dalam persembahan yang menarik iaitu Deklamasi Sajak Panjang Untuk Palestin.



Berhentilah membaca jika tidak ada perasaan

kasih dan sayang terhadap Al-Aqsa..
Sedang kita berseronok di sini..
Mereka menangis meratap kehilangan
Ayah.. Ibu.. Saudara.. Pemimpin..
Sesungguhnya Ayah mereka adalah ayah kita..
Ibu mereka adalah Ibu kita..
Dan mereka adalah saudara-saudara kita..
Sakit mereka sakit kita jua..

Sedarlah bahawa kita adalah Palestin
Dan Palestin adalah kita..
Sayang sekali ummat Islam di bumi Melayu
ini terlalu sibuk mengejar hiburan duniawi
dan kepentingan diri..
Di manakah integriti kita sewaktu
maruah Islam dihinjak..
diludah dan dicemuh Yahudi dan
konco-konconya di bumi Palestin..

Apakah sumbangan kita terhadap
perjuangan mereka yang berusaha
menegakkan Agama ALLAH ini..
Sehinggakan ada di antara mereka
yang bersolat juga terlalu kedekut untuk
menghantar semudah-mudah
doa buat perjuangan mereka..
Bukankah kita terlalu mementingkan diri kita sendiri?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi
nescaya kamu akan dikasihi oleh
mereka yang tinggal di langit."

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud :
"Gambaran kehidupan orang yang
beriman dari segi kasih sayang,
saling bersimpati dan saling cinta mencintai
samalah seperti anggota tubuh yang jika
salah satu daripadanya mengadu kesakitan,
ia melibatkan seluruh anggota lain yang
tidak tidur malam dan demam."

Marilah kita tanamkan rasa cinta
di antara sesama muslim..
Hanya dengan itu sahajalah dapat
kita membangkitkan rasa sensitif
terhadap kezaliman dan pencemaran
Yahudi Laknatullah ke atas bumi suci Al-Aqsa


Aktiviti Kokurikulum

1. DEFINISI KEGIATAN KOKURIKULUM

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi difinisi Kokurikulum iaitu :

“ kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Kegiatan kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan pakaian seragam, persatuan / kelab, sukan dan lain-lain gerak kerja pendidikan.

2. Kepentingan Gerak Kerja Kokurikulum .

Gerak kerja kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman pelajar-pelajar di sekolah. Menerusi gerak kerja kokurikulum perkembangan sosial, minat dan bakat, dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental pelajar. Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan pelajar..

3. Matlamat/ Objektif Gerak Kerja Kokurikulum

Antara matlamat / objektif gerak kerja kokurikulum sekolah ini ialah :

3.1 Menyemaikan kesedaran pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

3.2 Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar.

3.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam sekolah dan di antara sekolah

3.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam gerak kerja yang diceburi.

3.5 Menerapkan kemahiran asas vokasional sebagai persiapan awal alam pekerjaan kelak.

3.6 Membina dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar.

3.7 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

3.8 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa
dan masyarakat.

4. Cara Mencapai Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum .

Matlamat boleh dicapai dengan cara :-

4.1 Melibatkan semua pelajar dengan secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan di dalam berbagai
jenis gerak kerja.

4.2 Melibatkan pelajar dari semua kaum dan kategori dalam semua gerak kerja kokurikulum .

4.3 Melibatkan pelajar atau pihak sekolah dalam khidmat masyarakat

4.4 Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)

4.5 Merancang gerakerja dengan teliti dan sistemetik.

4.6 Melibatkan Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) dan masyarakat setempat

4.7 Memberitahu ibubapa mengenai matlamat gerak kerja kokurikulum sekolah serta langkah-langkah yang hendak
dilaksanakan.

4.8 Mencatat segala gerak kerja dan kemajuan yang telah dicapai.

4.9 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat.











5. Unsur-Unsur Pendidikan Dalam Gerak Kerja Kokurikulum

Di antara unsur-unsur pendidikan dalam gerak kerja adalah seperti berikut :-

5.1 Percaya kepada Tuhan

5.2 Beradab dan bersusila; seperti bersopan santun, berbudi bahasa dan hormat- menghormati .

5.3 Taat dan setia seperti patuh kepada peraturan.

5.4 Bertanggungjawab seperti boleh diharapkan atau dipercayai.

5.5 Amanah seperti jujur dan ikhlas.

5.6 Mengawal diri seperti disiplin kendiri, menjauhkan daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.

5.7 Tolong menolong dan bekerjasama.

5.8 Menjaga kebersihan dan alam sekitar.

5.9 Kasih sayang dan belas kasih.

5.10 Bertimbang rasa dan bertolak ansur dan sentiasa bermaaf-maafan.

5.11 Bercita-cita dan bersemangat tinggi, rajin dan berusaha .

5.12 Gembira dan bersyukur.

5.13 Keberanian; seperti berkeyakinan tinggi, cekal hati dan berani mencuba.

5.14 Intelek; seperti berfikiran ke depan.

5.15 Lojik; seperti rasional, sistematis, bekerja dengan tertib dan teliti.

5.16 Berdikari dan dedikasi seperti kebebasan membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan.

5.17 Menyuburkan rasa perikemanusiaaan.

Di Sekolah Seni Johor Bahru, aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan seni muzik dibahagikan kepada pasukan orkestra (Unit Beruniform) dan Kelab Seni Muzik - Kelab Muzik Moden, Muzik Tradisional dan Koir.

Hari ini aktiviti kokurikulum kali pertama dijalankan di mana pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa sesi 2009 telah dijalankan di studio muzik.


Monday, January 19, 2009

Mesyuarat Kejohanan Olahraga Sekolah Seni Johor Bahru

Mesyuarat Kejohananan Olahraga SSJB telah dijalankan pada pukul 2.30 ptg bertempat di bilik kelas 2 Masri.

Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan untuk mengadakan Kejohanan Olahraga pada tahun ini. Mesyuarat telah menetapkan untuk mengadakan kejohanan tersebut pada 24 Februari.

Selain itu mesyuarat juga membincangkan mengenai program Sukantara dan acara sebelum sukan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Tee Tiam Chai (PK Ko Kurikulum SSJB) dan perancangan program sukan telah dibentangkan oleh En. Abdul Rasyid bin Mohamed selaku setiausaha sukan.

Pendaftaran Kokurikulum


Hari ini para pelajar mengisi borang pendaftaran kokurikulum untuk tahun ini. Pendaftaran ini dikendalikan oleh En Tee Tiam Chai (PK Kokurikulum SSJB).


Di samping itu pelajar turut sama menghulurkan derma Tabung Bantuan Gaza yang akan disampaikan kepada pihak PPD Johor Bahru.To contribute, the public and organisations may do any of the following;
  • Bank in/transfer funds to Maybank account number 514105-320501 under the name NSTP Fund for Gaza;
  • Write cheques made out to NSTP Fund for Gaza and send them to NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; or
  • Make cash donations at the cashier, NSTP, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur or at NSTP branch offices nationwide.


Sunday, January 18, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1/2009 telahpun seperti yang dirancangkan. Majlis ini turut sama dihadiri oleh Pn Mahani Kassim (KPP BSSK) yang melihat sendiri bagaimana perjalanan proses pendaftaran dan memberikan taklimat berkaitan Sekolah Seni ini kepada para ibubapa dan penjaga.

Ibubapa serta pelajar baru telah mula hadir untuk mendaftarkan anak mereka sejak daripada pukul 10.00 pagi lagi.

Setelah pendaftaran anak mereka selesai, hadirin berpeluang untuk menyaksikan bakat-bakat seni pelajar-pelajar senior. Semua penglibatan pelajar akan dijadikan eviden atau salah satu daripada bahan bukti untuk pentaksiran Band Pendidikan Kesenian.





Saturday, January 17, 2009

Makan Time

Waktu makan juga adalah penting kerana pelajar-pelajar dan guru-guru khususnya di SSJB perlu cergas sentiasa agar dapat melakukan aktiviti-aktiviti P&P dengan sempurna.

Pelajar-pelajar SSJB diberikan kemudahan makan seperti di sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain iaitu 5 kali sehari. Banyak tu....

Aku nak berkongsi dengan pengunjung-pengunjung web ini gelagat guru-guru dan pelajar ketika waktu makan mereka.

English Within 20 minutes


Setiap hari mulai 7.10 pagi hingga 7.20 pagi semua pelajar SSJB akan berkumpul di Dewan mini untuk melakukan tugasan atau latihan dalam program yang dikendalikan oleh Panatia Bahasa Inggeris SSJB.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar SSJB. Pelajar akan diberikan model karangan untuk disalin dan mesti disiapkan dalam masa 20 minit. Program ini dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Pada tahun ini 'Quick Test' - soalan kertas 1 dan 2 Bahasa Inggeris diperkenal dan diadakan pada hari Khamis. Soalan kertas 1 adalah soalan objektif sebanyak 10 soalan, sementara kertas 2 pula mengisi tempat kosong karangan atau 'literature' . Ini adalah sebagai latihan dan persediaan pelajar yang bakal menduduki peperikaan PMR.

Program ini telah dijalankan sejak tahun lepas lagi dan ia juga dilakukan di sekolah-sekolah lain.

Minggu Orientasi Salam Perkenalan

Minggu Orientasi atau Program Salam Perkenalan telah dijalankan pada sepanjang minggu ini.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru untuk mengenali budaya dan suasana di sekolah ini.


Selain itu sesi taklimat oleh pihak pentadbir, guru akademik, kaunselor dan jurulatih kesenian turut dijalankan kepada pelajar tersebut .

Program ini dijalankan pada sesi pagi sebelum waktu rehat. Selepas itu kelas dijalankan seperti biasa.

Wednesday, January 14, 2009

Mesyuarat Rumah Sukan

Hari ini telah dijalankan mesyuarat Rumah-rumah Sukan SSJB. Nama-nama rumah sukan di sekolah ini adalah unik kerana menggunakan nama-nama penggiat seni seperti P.Ramlee (Merah), Bat Latif (hijau), Khatijah (Biru), Ibrahim Hussin (Kuning).

Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa di kalangan pelajar.
Mesyuarat rumah sukan ini juga membincangkan mengenai kejohanan sukan dan sukantara yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pemilihan motto dan maskot juga dilakukan pada masa tersebut.

Thursday, January 8, 2009

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2009

Pendaftaran akan dijalankan pada 11 Januari 2009 (Ahad) bertempat di Studio Kesenian masing-masing iaitu di aras bawah Bangunan Sekolah Seni Johor Bahru. Kepada ibubapa atau penjaga sila gunakan pintu Asrama Pusat untuk terus ke Sekolah Seni Johor Bahru iaitu di bahagian belakang pintu utama SMK Mohd Khalid dan sila letakkan kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan Pendaftaran pelajar adalah bermula dari jam 10.00 hingga 12.30 tengahari

Wednesday, November 19, 2008

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan di Endau Beach Resort

Satu Kursus Dalam Perkhidmatan telah dijalankan oleh pihak sekolah bertempat di Endau Beach Resort, Mersing.

Kursus berlangsung dari 17-19 November 2008
Kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah.

Diharapkan segala ilmu yang disampaikan oleh para penceramah undangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru SSJB.

Monday, November 3, 2008

Malam Gala Kesenian yang cemerlang


Sungguh jelas terbayang di wajah setiap warga SSJB akan kepuasan dan kegembiraan setelah berjaya melaksanakan satu majlis untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kesenian yang dipelajari oleh mereka. klik sini


Setiap pelajar daripada jumlah 166 orang kesemuanya terlibat dalam produksi tersebut.
Sama ada dalam bidang teater, visual, tari dan muzik.

Tidak lupa juga mereka yang bertugas di belakang tabir turut menyumbangkan tenaga mereka degan penuh komited seterusnya membuahkan satu kejayaan produksi yang gilang gemilang dan diiktiraf sendiri oleh Dato Hjh Noor Rezan binti Bapoo Hashim (Timb KPPM.



Tapi sayang rakaman daripada Video sekolah kurang dari segi mutunya. Adalah diharapkan kepada mereka yang telah membuat rakaman video dapat menghantarkannya kepada pihak sekolah untuk dibuat satu DVD yang telah diedit. Sila hubungi pihak sekolah 07-2262100 jika anda ingin membantu dan memberikan sumbangan tersebut.

Sebagai jurulatih muzik, aku amat berbangga dengan persembahan pelajar yang memainkan peranan yang besar sepanjang perjalanan produksi dalam bentuk , nyanyian, muzik latar, gabungan muzik gamelan yang memukau penonton, iringan muzik untuk kumpulan koir semuanya dimainkan secara 'live'.



Sekalung tahniah kepada semua musician. Semoga anda akan menjadi pemuzik yang profesional pada masa akan datang. Teruskan latihan...

Kepada penyanyi yang di anugerahkan suara yang sungguh lunak merdu, aku ucapkan syabas dan tahniah, terimakasih, arigato, thanks, nandre,shea shea. .

Walaubagaimana pun teruskan usaha untuk memantapkan lagi kualiti vokal tone masing-masing ok.

Saturday, November 1, 2008

Rencana Sekolah Seni Johor Bahru

Rencana mengenai Sekolah Seni Johor Bahru telah siap. Anda boleh lihat di laman web ini
http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=61&vidgrp=3&idcaller=menu_pub#

Thursday, October 30, 2008

Lawatan Timb Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Dalam kesibukan pelajar dan jurulatih untuk persiapan produksi Malam Gala Kesenian SSJB, kami telah menerima kunjungan Dato Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, Timb. KPPM.

Kunjungan beliau ke sekolah ini adalah untuk melihat sendiri perjalanan sekolah ini.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini adalah Pengarah BSSK,Pengarah JPN Johor, Ketua-ketua sektor, PPD , NYDP PIBG dan pegawai dari JPN dan BSSK.

Majlis dimulakan dengan sambutan di pintu masuk SSJB oleh pegawai, guru-guru dan pelajar dengan iringan kompang.

Satu sesi taklimat mengenai sekolah ini, telah dijalankan di Studio muzik dan pengetua telah mengambil kesempatan untuk mengemukakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah yang dalam keadaan menumpang ini.

Masalah mengenai bilik darjah yang tidak mencukupi, pengunaan dewan untuk perhimpunan dan latihan. Maklumlah sekolah ini seringkali mendapat lawatan dan juga penggunaan dewan adalah perlu untuk mengadakan perhimpunan dan latihan persembahan, dan yang paling penting adalah di manakah sebenarnya tapak sekolah seni johor bahru ini?

Yg Berbahagia Dato' telah memberikan ucapan tahniah kepada pelajar2 ssjb yg telah menunjukkan persembahan berkualiti pada setiap persembahan yg pernah beliau saksikan. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan tapi hasilnya tetap melebihi standard yg dikehendaki.

Beliau akan memberikan feedback daripada pengetua kepada KSU dan beliau sendiri berjanji untuk memperjuangkan hal ini kepada KSU nanti dan bukannya setakat mendengar sahaja keluhan anak buahnya. Beliau mengakui bahawa beliau adalah seorang pejuang (fighter). Banyak motivasi yang telah beliau berikan kepada kami.

Lokasi sekolah ini menurut beliau seperti yg diberitahu oleh Pengarah JPN adalah di Indahpura Kulai berkeluasan 30 ekar dan satu lagi beliau tak nyatakan kerana beliau seronok bercerita sehingga lupa nak bagitau maklumat mengenai tapak yang kedua tu.
Beliau juga menyatakan tak dapat hadir ke Malam Gala Kesenian pada hari ahad nanti kerana terpaksa berada di Sek Sukan Bukit Jalil.

Selepas itu beliau telah melawat kesemua studio seni dan menyaksikan pra-tonton
MGK oleh pelajar2.

Sebaik sahaja tamat preview itu beliau yang sangat kagum dan gembira meminta mikrofon daripada pengacara dan memberitahu yang beliau telah menghantar sms kepada Menteri Pelajaran sendiri bahawa Dato Hisham patut datang untuk menyaksikan show MGK nanti.You must see this show.

Beliau sendiri yang pada awalnya tak mahu pergi terus memberitahu kepada semua yang hadir bahawa beliau sendiri akan hadir pada malam ahad nanti sementara majlis Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya yg sepatutnya hadir pada keesokan harinya beliau akan cancel semata2 untuk menyaksikan show yang sungguh istimewa ini nanti.

Selepas itu majlis diakhiri dengan jamuan makan di Dewan makan.

Wednesday, October 29, 2008

Rehearsal Malam Gala Kesenian di RTM

Hari ini para semua pelajar ke auditorium RTM untuk menyertai raptai persembahan MGK.
Memandangkan auditorium RTM tersebut telah ditempah pada hari Sabtu dan cuma hari ini shaja yang free maka kami telah menjalankan raptai ini.

Tujuannya adalah untuk membuat penentuan kedudukan setiap acara persembahan, laluan pelajar semasa persembahan, sistem audio, lighting, pengacara, susunan props dan sebagainya.

Pn Siti Hajar turut membantu memberikan pandangannya terhadap persembahan pelajar SSJB.

Tuesday, October 28, 2008

Latihan MGK dan Tips oleh Dr Siti Hajar

Hari ini pelajar-pelajar meneruskan latihan persembahan untuk MGK.

Turut hadir dalam latihan ini adalah Dr Siti Hajar yang memberikan tips-tips yang sangat-sangat berguna kepada pelajar yang akan membuat persembahan nanti.

Di antara tips yang dikongsi oleh beliau adalah cara mengatasi perasaan gemuruh, bagaimana untuk mempbuat persembahan dengan konfiden, bagaimana untuk membuat lontaran suara, teknik vokal, teknik conducting , latihan koir dan showmanship.

Dr Siti Hajar ini adalah seorang pejuang seni yang sangat dikagumi dan berpengalaman luas dalam bidang muzik di negara kita dan beliau suka untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, beliau turut memberikan kata-kata nasihat, perangsang dan motivasi yang sangat berguna kepada semua pelajar.

Terima kasih dari kami khas buat Dr Siti Hajar.

Saturday, October 18, 2008

Persembahan Gamelan Sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor

Selesai sahaja Majlis Sambutan Hari Raya SSJB, Kumpulan Gamelan SSJB telah bersiap untuk membuat persembahan di Auditorium RTM, Johor Bahru bersempena dengan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor.

Di samping itu, 40 pelajar SSJB turut dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Itulah untungnya bila sekolah dekat dengan RTM. Senang nak pergi bila ada aktiviti kesenian dijalankan di sana.