Showing posts with label seminar. Show all posts
Showing posts with label seminar. Show all posts

Wednesday, November 19, 2008

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan di Endau Beach Resort

Satu Kursus Dalam Perkhidmatan telah dijalankan oleh pihak sekolah bertempat di Endau Beach Resort, Mersing.

Kursus berlangsung dari 17-19 November 2008
Kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah.

Diharapkan segala ilmu yang disampaikan oleh para penceramah undangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru SSJB.

Saturday, June 28, 2008

SEMINAR SENI MUZIK KEBANGSAAN 2008 - 15 & 16 Julai 2008

MASA : 9.00 pagi – 5.00 petang

TARIKH : 15 DAN 16 Julai 2008

TEMPAT : Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

464 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

LATAR BELAKANG

· Muzik merupakan genre seni bersifat universal yang meredah batasan sempadan geografi, kebudayaan, status, bangsa dan negara dalam suasana harmoni. Atas sifat-sifat tersebut , muzik berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Statistik kutipan royalti persembahan awam dan penyiaran berdasarkan laporan Music Authors’ Copyright Protection ( MACP ) yang mewakili pencipta lagu dan penulis lirik menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun.

· Selain itu, muzik bermakna sebagai perlambangan kepada identiti bangsa dan cerminan ketamadunan. Oleh itu perhatian yang serius perlu diberi bagi memastikan identiti bangsa Malaysia terus unggul.

· Bagi memastikan peranan muzik dapat dimainkan sepenuhnya maka wajar diadakan satu Bengkel Muzik Malaysia untuk membincangkan dan meneliti hala tuju pembangunan muzik Malaysia dengan mengambil peranannya secara maksimum.

· Menghimpunkan seniman, pencinta, karyawan dan peminat muzik sempena sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 melalui Seminar Muzik Kebangsaan. Ini merupakan usaha menghargai seniman muzik dan seni muzik tanah air.

TEMA

· PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA

OBJEKTIF

Objektif seminar yang akan diadakan adalah seperti berikut;

· Menjadi pemangkin pembangunan pendidikan muzik di tanah air dan mengiktiraf pendidikan muzik di Malaysia di samping meningkatkan ilmu para pendidik, penggiat dan pengamal muzik tempatan bagi tujuan memantapkan pendidikan seni muzik.

· Membincangkan halatuju dan strategi pembangunan industri muzik dan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memainkan peranan penting dalam perkembangan muzik dunia setanding dengan negara-negara maju yang lain.

· Mengangkat muzik tempatan dan memelihara muzik tradisi sebagai warisan budaya yang wajar dikekalkan.

· Menyediakan satu rangkaian kerjasama di kalangan peserta, pembentang dan ahli-ahli muzik tempatan di samping meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali di dunia dalam bidang kesenian.

· Menyediakan ‘Blue Print’ pembangunan industri muzik.

LAMAN WEB SEMINAR SENI MUZIK KEBANGSAAN 2008

Maklumat lanjut tentang Seminar Seni Muzik Kebangsaan 2008 boleh diperolehi melalui laman web yang diakses melalui:

http://www.aswara.edu.my

e-mail: seminarmuzik@yahoo.com

PENYERTAAN

PERCUMA

Seminar ini akan melibatkan penyertaan peserta yang terdiri dari :

i. Para sarjana

ii. Pendidik

iii. Pengamal muzik

iv. Ahli-ahli muzik dari seluruh tanah air

v. Pelajar muzik IPTA dan IPTS tempatan

vi. Pentadbir dam pembuat polisi muzik

Seminar Seni Muzik Kebangsaan 2008 ini meliputi pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar dalam bidang muzik, persembahan dan pameran industri muzik.

SIJIL PENYERTAAN

PESERTA AKAN DIBERI SIJIL PENYERTAAN DI AKHIR SEMINAR