Showing posts with label Persembahan. Show all posts
Showing posts with label Persembahan. Show all posts

Monday, November 3, 2008

Malam Gala Kesenian yang cemerlang


Sungguh jelas terbayang di wajah setiap warga SSJB akan kepuasan dan kegembiraan setelah berjaya melaksanakan satu majlis untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kesenian yang dipelajari oleh mereka. klik sini


Setiap pelajar daripada jumlah 166 orang kesemuanya terlibat dalam produksi tersebut.
Sama ada dalam bidang teater, visual, tari dan muzik.

Tidak lupa juga mereka yang bertugas di belakang tabir turut menyumbangkan tenaga mereka degan penuh komited seterusnya membuahkan satu kejayaan produksi yang gilang gemilang dan diiktiraf sendiri oleh Dato Hjh Noor Rezan binti Bapoo Hashim (Timb KPPM.



Tapi sayang rakaman daripada Video sekolah kurang dari segi mutunya. Adalah diharapkan kepada mereka yang telah membuat rakaman video dapat menghantarkannya kepada pihak sekolah untuk dibuat satu DVD yang telah diedit. Sila hubungi pihak sekolah 07-2262100 jika anda ingin membantu dan memberikan sumbangan tersebut.

Sebagai jurulatih muzik, aku amat berbangga dengan persembahan pelajar yang memainkan peranan yang besar sepanjang perjalanan produksi dalam bentuk , nyanyian, muzik latar, gabungan muzik gamelan yang memukau penonton, iringan muzik untuk kumpulan koir semuanya dimainkan secara 'live'.



Sekalung tahniah kepada semua musician. Semoga anda akan menjadi pemuzik yang profesional pada masa akan datang. Teruskan latihan...

Kepada penyanyi yang di anugerahkan suara yang sungguh lunak merdu, aku ucapkan syabas dan tahniah, terimakasih, arigato, thanks, nandre,shea shea. .

Walaubagaimana pun teruskan usaha untuk memantapkan lagi kualiti vokal tone masing-masing ok.

Saturday, August 2, 2008

Anugerah Kecemerlangan Sukan KPM 2007

Pada 31 Julai 2008 bertempat di Dewan Seri Endon Puspanitasari, Putrajaya, seramai 55 orang pelajar dari SSJB telah diberi kepercayaan penuh untuk membuat persembahan sempena majlis anugerah tersebut.



Anugerah tersebut dijalankan bagi mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan para atlet di kalangan warga Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007. Anugerah ini adalah merupakan anugerah tahunan ke-50 anjuran bersama Milo.

Anugerah disampaikan oleh Tn. Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang mewakili Dato Dr Ir Wee Kah Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Persembahan pelajar SSJB telah mendapat pujian yang tinggi daripada mereka yang hadir terutamanya para pegawai BSSK.

Kumpulan Akartari telah mempersembahkan sebuah taridra yang mengisahkan tentang perjuangan para atlet dalam mengharungi pelbagai dugaan dan kepayahan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan yang diceburi.

Persembahan ini telah diiringi oleh kumpulan pemuzik kontemporari SSJB dalam bentuk persembahan gamelan moden.

Persembahan nyanyian yang turut dipersembahkan adalah:
1. Tari Tualang Tiga - Fazira dan Nazira
2. Terlalu Cinta - Diana Adha
3. Penawar Rindu - Aaina Soraya
4. Nuri - Tatiana
5. Seri Mersing - Syazliana
6. Kenangan Terindah - Hazwan
7. Si cantik manis - Liyana Syafini dan Aaina Soraya.


Tahniah di atas kejayaan ini. Teruskan menuju ke puncak kejayaan.