Sebenarnya selepas sahaja solat Tarawih malam tadi, TKPPM ingin bertemu dengan guru-guru kesenian untuk mendapatkan feedback mengenai kurikulum Sekolah Seni. Walaubagaimanapun oleh kerana hanya aku sorang aje yang tinggal maka beliau meminta satu perjumpaan diadakan pada pukul 8.00 pagi di bilik mesyuarat hari ini.
TKPPM telah memberi briefing terhadap senario sekolah seni sekarang di mana nisbah di antara matapelajaran akademik dan pendidikan kesenian adalah 60:40.
Oleh itu satu penstrukturan semula perlu dilakukan untuk mengubahsuai perjalanan sekolah seni ini agar lebih pemberatan diberikan lebih terhadap aktiviti kesenian.
Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh beliau di samping guru-guru seni sendiri telah memberikan input kepada beliau terhadap cadangan-cadangan beliau.
Beberapa rasional telah dikemukakan.
Antara cadangannya adalah seperti berikut :
1. Jumlah matapelajaran akademik dikurang kan kepada 6 matapelajaran sahaja
2. Penyusunan jadual waktu dimana dimasukkan kokurikulum, matapelajaran kreativiti, sivik
3. Latihan Kemahiran Individu dimasukkan dalam jadual
4. Aktiviti persembahan
5. Linkages dengan pihak luar.
5. Apresiasi.
Perkara ini tak perlulah diperincikan di dalam blog ini. Cadangan-cadangan ini pun belum lagi diputuskan.
Apapun cadangan-cadangan ini nampaknya lebih baik daripada situasi sekarang ini.
Maklumat mengenai Bidang kesenian Seni Muzik di Sekolah Seni Johor Bahru
Monday, October 8, 2007
Sunday, October 7, 2007
Saturday, October 6, 2007
Majlis Berbuka Puasa Bersama TKPPM
Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia JPJS En. Abd. Ghafar b. Mahmud pada hari Ahad mulai 6.30 petang bertempat di surau.
Antara program yang akan dijalankan adalah berbuka puasa di Dewan Makan, sembahyang maghrib dan isyak serta sembahyang terawih bersama pelajar SSJB.
Antara program yang akan dijalankan adalah berbuka puasa di Dewan Makan, sembahyang maghrib dan isyak serta sembahyang terawih bersama pelajar SSJB.
Thursday, October 4, 2007
Wednesday, October 3, 2007
Gerak GempurTamat
Hari ni kelas sepeti kembali seperti biasa....
Semua gembira dapat belajar dan jumpa ayahnda dan bonda masing-masing.
Tapi bila dah lama tak jumpa ada pulak yang tak bawa buku nota muzik.
Memang kena marah lah.. dulu...
Hari ni budak muzik belajar untuk mengenal skel major berdasarkan tanda nada ... So diorang kenalah kenal dulu tanda nada (key signature) utk G major dan f major.
Kalau G major ada not F# manakala F major pulak ada not Bb... Ujian bertulis berjaya diselesaikan. apa-apapun diorang ni dah mula demam raya... suruh aku main lagu raya..... aku main keyboard korg Triton Extreme yang canggih tu... tapi sengaja aku main intro aje..

masa diorang buat kerja bertulis yang diberi....
Lama lagi la nak raya .... Minggu depan le...
Monday, October 1, 2007
Program Gerak Gempur dan PMR
Hari ini pelajar-pelajar menjalani ujian Gerak Gempur iaitu sama lah macam ujian penilaian kurikulum.
Selain itu pelajar SMK Mohd Khalid hari ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana hari ini adalah merupakan kali pertama calonnya mengambil Peperiksan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Dengan iringan doa kami semua mengharapkan kejayaan yang cemerlang akan mengiringi kalian semua. All the Best!!!

Saturday, September 29, 2007
Ujibakat Pelajar Sekolah Seni 2008
Temuduga dan Ujibakat untuk pengambilan pelajar tahun 2008 telah dijalankan pada
24 - 28 September yang lepas di seluruh negara.
Seramai 1027 orang calon telahpun ditemuduga bagi mengisi penempatan seramai 75 orang pelajar untuk bidang Seni Muzik, Seni Tari, Seni Teater dan Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru dan 125 di Sekolah Seni Kuching.
Panel penemuduga adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama dari KeKKWA.
Maklumat lanjut sila layari http://iqhabib.blogspot.com/2007/09/kembara-seni.html atau http://deermk.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sekolah Seni Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)