Monday, March 10, 2014

Bengkel Keroncong 2014

Bengkel keroncong telah dijalankan pada hari ini di bawah bimbingan Cik Mah Nyuk Ying dan pelajar-pelajar tingkatan 5 Seni Muzik Sekolah Seni Johor Bahru.

Bengkel ini melibat kan pelajar-pelajar terpilih dari bidang muzik setiap tingkatan.




Bengkel Orkestra oleh En Abdul Rahim Abdullah

Pada 8 Mac 2014 telah dijalankan bengkel Orkestra kepada pelajar-pelajar muzik Sekolah Seni Johor Bahru bertempat di Studio Latihan Orkestra.






Ensembel Kibod Cinta Muka Buku PdP Muzik


Berikut adalah contoh PdP Seni Muzik yang dijalankan di Sekolah Seni Johor Bahru. Kelas ini adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1 bidang Seni Teater.

Guru dalam sesi PdP ini telah mengajar kord-kord yang akan dimainkan untuk lagu Cinta Muka Buku ciptaan Najwa Latif. Kord di dalam lagu ini adalah kord C, G,Am dan F.

Setelah murid-murid mempelajari kord mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan yang akan bermain bunyi piano, strings dan drum.

Setelah kesemuanya diajar, maka setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan yang mana salah seorang dalam kumpulan tersebut diminta untuk menyanyikan lagu dengan iringan ensembel kibod.