Friday, September 26, 2008

Sesi Uji bakat Zon Tengah 1

Bagi Zon Tengah 1 adalah melibatkan calon-calon dari negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.

Thursday, September 25, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Berbuka Puasa dan Solat Terawih

SSJB pada hari ini telah melakar satu sejarah di mana seramai 20 orang pelajar telah khatam Al-Quran. Majlis ini adalah merupakan anjuran oleh Panitia Pendidikan Islam bermula pada pukul 5.45 petang.

Ini menunjukkan bahawa selain daripada aktiviti kesenian yang dijalankan, pihak sekolah turut mengambil berat mengenai aspek kerohanian dan moral di kalangan para pelajarnya.

Majlis dijalankan di Dewan Mini SSJB yang turut dihadiri oleh En Samsuddin bin Redza (Wakil Pengarah BSSK), Tn Hj. Aminudin Adam (PPD JB), En Mohd Hanafi Samad (Pen PPD Menengah).

Majlis seperti ini adalah merupakan kali kedua sejak sekolah seni ini mula beroperasi. Pada tahun lepas majlis ini di hadiri oleh Timb. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 6 Oktober 2007
http://sekolahseni.blogspot.com/2007/10/majlis-berbuka-puasa-bersama-tkppm.html



Sepanjang bulan ramadan ini, solat terawih untuk pelajar-pelajar SSJB diimamkan oleh pelajar dari Maahad Tahfiz Johor Bahru.

Friday, September 19, 2008

Uji Bakat Pengambilan Pelajar Sekolah Seni Malaysia 2009

Sesi ujibakat pengambilan pelajar ke tingkatan satu tahun 2009 melibatkan kira2 1400 orang pelajar dari seluruh Malaysia akan dijalankan dari 22 hingga 26 September.

Ujibakat adalah mengikut zon-zon negeri yang telah ditetapkan iaitu Zon Selatan, Tengah, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak.

Bagi pelajar yang terlibat diharap datang bersama salinan2 sijil aktiviti dan peralatan yang berkaitan dengan bidang yang hendak ditemuduga.

Sebagai contoh, bagi bidang muzik sila bawa CD minus one dan instrumen yang hendak dimainkan seperti gitar, flute.
Kibod disediakan.

Satu taklimat kepada ibubapa mengenai sekolah seni akan diberikan sebelum sesi temuduga dijalankan.

Sunday, September 14, 2008

Music picture



94 jpg | Various Pix | Rapidshare link | 29 Mb

http://rapidshare.com/files/145189740/muzik_pictures_2.rar.html

Saturday, September 13, 2008

Pemantauan Pegawai ICT BSSK dan kesian ustazah..

Sekali lagi sekolah ini dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Sukan Seni dan Kurikulum (BSSK). Pada kali ini Cik Rohaniah selaku pegawai ICT BSSK dan juga Pn Mimi serta Pn Rawiyah membuat semakan ke atas peralatan PPSMI dan peralatan ICT yang terdapat di sekolah.

Pada kesempatan itu juga, Ustazah Raja telah mengemukakan masalah mengisi borang e-tukar kerana permohonan pertukaran beliau tidak diterima oleh sistem e-tukar tersebut.

Menurut ceritanya, kategori sekolah seni tak dimasukkan dalam sistem tersebut. Maka beliau tidak dapat hantar borang itu secara online.


Kesian ustazah, di sini dia tinggal sorang-sorang dengan anaknya yang baru aje berusia 2 bulan. Suami dan 2 anaknya yang lain berada di Tumpat, Kelantan. Macam mana tu? Bukannya selalu boleh jumpa.

Takut nanti anak dia di kelantan tak ingat mak dia pulak.

Apapun aku harap ustazah tabah menghadapinya dan kami berdoa agar beliau dapat bertukar mengikut suami.

Statistik yang diberitau oleh Pn. Mimi menunjukkan bahawa terdapat lebihan guru agama di kelantan iaitu berjumlah 400 orang.
Orang kata kalau dah duduk kelantan, hmmm memang tak nak tukar la, aku pun kalau boleh nak pindah kelantan. kih kih

Tukar opsyen pun bagus jugak. Ajar Bahasa Inggeris. Ustazah memang pandai bahasa inggeris.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sabar lah ye ustazah.

Thursday, September 11, 2008

Pn Siti Jauhara selamat melahirkan anak

Puan Siti Jauhara Jamian iaitu jurulatih Seni Teater SSJB telah selamat melahirkan anak lelaki pertamanya di Johor Specialist Hospital pada hari Selasa iaitu kira-kira jam 10.00 malam.

Hari ini beberapa orang guru dan jurulatih telah mengunjungi Pn. Siti Jauhara di rumahnya untuk melihat baby boy Pn Siti Jauhara. Kamera tak bawak so tak dapat nak paparkan gambar babynya di sini. Nanti bila ada nanati aku letakkan di sini.

Nama baby tu pun lupa nak tanya.

Tahniah daripada kami warga SSJB kepada Pn Siti Jauhara dan Dean Manas.

Tuesday, September 9, 2008

Malay Martial Arts - Silat



Silat is a martial art forms originating from the countries of the Malay Archipelago. This art is widely known in Indonesia and Malaysia but can also be found in Brunei, Singapore, Vietnam, Philippines, Thailand and Cambodia. This martial art has also reached Europe, and is especially popular in the Netherlands and France. There are hundreds of styles range from animalistic to human styles and schools.

The aspects in Silat education continuously faces transformation in its role and meaning in the socio - culture of the Indonesian, Malaysian people, appurtenant to time and the needs of the community. Silat education focuses on the development of the person internally and externally which will enable the formation of a community that embodies discipline, morals, patriotism, self identity and citizenship which can favor towards the development of thinking and the forces of race, religion and country.

In combat the student is first and foremost taught how to defend himself or herself. This is done in stages where the students soak up the basics, such as langkah or steps ( how to move, where to step ) and techniques. Once the student has learned this, they are taught how to attack before being attacked, in self maintenance. For that reason, Silat exponents are entrusted to ensure that their knowledge does not fall into the hands of the irresponsible, to use their knowledge confidently and to use or place their knowledge in its rightful place.

The art form in Silat is an integral part of it as factual serves to distinguish one style from another and Silat from all other martial arts. The seni aspect, also known as bunga or tari is the tasteful form of Silat. It is portrayed through quiescent, graceful movements performed for aesthetic value but rooted in an essential principal of Silat, which is trickery and deception. Through the performance of art, an exponent is effective to display his skill or hide it from the opponent in combat. In this sense, the exponent can saw the opponent into letting his guard down or committing blunders, making the opponent easier to defeat.

Despite this, the art form in Silat is not rooted purely in aesthetics as there are certain styles where the seni or bunga holds its own meaning. In this case, the seni takes on a whole new dimension as it is used to practice techniques or stances that can be used in acquaintance against an opponent.

To create a balanced person, Silat also focuses on the spiritual angle. The aim of the practitioner is to free oneself of worldly conceptions and realize that our reality is an oversight. This was originally based on the meditative practices of Hinduism, Buddhism, Kejawen and local forms of animism which is still royal in the older styles today. The later introduction of Islam into Southeast Asia brought influences of Muslim philosophy while retaining traditional Malay elements approximating as moksa and the Javanese concept of kebatinan in which the exponent searches for the harmony within themselves. Soon, spirituality in silat is largely based on tasawwuf ( knowledge of Islamic esoteric teaching ). In this way, the exponent learns to respect life and his surroundings and see it considering a gift from Infinite spirit.

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik berdasarkan ciri-ciri tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. .

Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

Percussions / perkusi

Alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan.

Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing, tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon, glokenspil dan bellyre.

Strings / alat muzik bertali

Digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola, violoncello, double bass, harps dan lain-lain.

Brass

Klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam.

Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.

Woodwind

Alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan alat ini menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Hari ini adalah juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam, plastik dan bahan gentian kaca.



Klasifikasi Sachs - Hornbostel

Klasifikasi ini diperkenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostel pada 1914. Ia bertujuan mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak termasuk dalam klafikasi alat muzik orkestra barat.

Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.

Idiofon

Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain..

Erofon

Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

Kordofon

Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.

Membranofon

Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat muzik yang diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Elektrofon

Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara – penggunaan sirkit-sirkit elektronik bagi tujuan mengubah bunyinya.

Sebagai contoh : Gitar elektrik, kibod, digital piano.

Monday, September 8, 2008

Ujian Kurikulum

Hari ini pelajar-pelajar SSJB mula menduduki ujian kurikulum
Semoga sukses menjawab.


Taklimat PBS Pendidikan Kesenian

Hari ini seramai 7 orang pegawai dari Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melawat sekolah untuk melihat sendiri pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Kesenian PMR.

Kesemua Jurulatih setiap bidang telah membuat presentation masing-masing mengenai perkara tersebut kepada mereka dan bersoal jawab serta memberikan input kepada pihak LPM.


Pihak sekolah telah mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rombongan LPM kerana menjalankan tugas dengan baik.