Tuesday, July 31, 2007

Lawatan Pelajar Sek Seni Kuching, Sarawak

Seramai 10 orang dan 3 orang guru Sek Seni Kuching Sarawak telah membuat lawatan ke sekolah ini.

Lawatan ini adalah merupakan satu aktiviti yang tidak dirancang memandangkan pelajar ini terlibat untuk persembahan makan malam Forum Pentaksiran Pendidikan Kesenian dan telah diberikan perlepasan oleh pihak LPM.

Mereka disambut oleh En Ahmad Khairulanuar Rahimey bin Rahim Guru Seni Tarian.

Monday, July 30, 2007

Forum Pentaksiran Pendidikan Kesenian

Forum Pentaksiran ini dijalankan di Hotel Sofitel Palm Resort, Senai
Pelajar Seni membuat persembahan pada jamuan makan malam.

Penggiat seni terdiri daripada seniman dalam seni lakon, muzik, penulis, teater dan tarian turut hadir.

Antara yang hadir ialah Loloq, Wafa Abd kadir, Aidit Alfian, Dr Sharkawi, Ujang, Datin Rosnani Jamil, Dato Wah Idris, Din CJ, Othman Hafsham.

Saturday, July 28, 2007

Wednesday, July 25, 2007

Kelas Keyboard (Korg Pa50)

Pelajaran hari ini.

Skel G major 2 oktaf menaik dan menurun.

Perkara yang difokuskan

1. Penjarian yang betul.
2. Kelancaran mengikut tempo yang ditetapkan
3. Bermain piano mengikut skor Latihan klef trebel dan klef bass.


Refleksi:


1. 90% Pelajar telah dapat bermain skel dengan betul. Tetapi perlu banyak lagi latihan untuk membiasakan diri dengan sentuhan pada mata kibod.


2. 90% pelajar dapat bermain piano mengikut skor semerta. latihan 1 hingga 8.

Kibod yang digunakan adalah jenama Korg Pa50


Laman Web Korg : http://www.korg.com/



SYAZWANI NABILAH BT. SELAMAT
Johor Bahru, Johor

Sunday, July 22, 2007

Cuti Minggu

Tak buat apa-apa pun

Saturday, July 21, 2007

Bigwalk Putrajaya

Hari ini. Seramai 39 pelajar dan 4 guru Kesenian beserta Pengetua, GPK HEM, dan GPK Koko berkumpul di depan Masjid Putrajaya bagi menjayakan pameran Sekolah Seni JB dan juga program Bigwalk anjuran JPJS